CATATAN DARI LAUT
.
Bangkok, Hong Kong, Kobe, Yokohama, Genoa, Barcelona, Cardiff, La Harve, Hamburg, Antwerp, Rotterdam: Pelabuhan-pelabuhan besar dunia yang menjanjikan sejuta rahsia.
.
Seorang pelaut remaja lulusan Akademi Laut Malaysia, melayari lautan luas, dengan ilmu membuak di dada, darah keberanian yang diwariskan dari keturunan berjasa, juga kegigihan dan kecekalan bagi menimba pengetahuan dan pengalaman di rantau orang.
.
Jauh perjalanan luas pengalaman, demikian peribahasa orang-orang tua. Yang baik jadikan sempadan, yang buruk sisihkan sahaja. Cabaran jadikan penggerak, kekecewaan jadikan perangsang, pemerhatian jadikan guru. Demikianlah anak remaja ini mengatur langkah, menjunjung kesopanan dan harga diri, memenangkan kebenaran dan mengkesampingkan tuntutan nafsu dan kedurjanaan.
.
Si anak terdidik dalam tradisi yang mengutamakan keimanan dan rasa tanggungjawab. Datuknya seorang ulama besar, juga seorang pejuang kebangsaan bagi memerdekakan Indonesia dari cengkaman penjajahan. Ayahnya yang hilang entah ke mana tidak kurang mulianya..
Di Rotterdam, dia mengenal seorang tua yang beragama Islam, bekas seorang pegawai jajahan pada zaman revolusi yang bersimpati pada perjuangan anak negeri. Darinya terbongkar rahsia yang selama ini menjadi sebahagian dari sejarahnya..
.
Perlukisan yang realistik, jalinan peristiwa yang teratur dan gaya bercerita yang menawan memberikan kekuatan yang tersendiri pada novel ini.
.
Novel yang mesti dibaca!
.
*93 halaman


BINTANG DI LANGIT LAIN
.
Buku ini menghimpunkan 30 buah cerpen yang melihat dunia pengurusan dan permasalahannya yang sekaligus mengangkat para guru kepada tahap kedudukan yang tinggi kerana jasa-jasa mereka yang bertali arus, membangun dan membentuk masyarakat kepada kehidupan yang harmoni dan bermoral. Penulis-penulis yang menyumbangkan hasil tulisannya dalam kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mantap pengkaryaannya, berjaya memperhatikan daya kreativiti yang tinggi dan persepsi yang tajam dalam karya masing-masing.
.
*400 halaman

DARI BEIRUT KE JERUSALEM

Dr Ang Swee Chai dilahirkan di Air Hitam, Pulau Pinang dan bersekolah di Singapura. Sejak 1977, beliau mengikut suaminya hidup dalam buangan di England. Beliau berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang Perubatan Pekerjaan dan merupakan felo kolej Pembedahan Diraja (Royal College of Surgeons), England.

Penulis kini berkhidmat di Hospital St Bartholomew dan Hospital Diraja London. Beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai juruperunding ortopedik sejak hospital berkenaan ditubuhkan sejak beberapa ratus tahun yang lalu.

Bersama-sama suami beliau, Francis Khoo, serta beberapa orang teman, Dr Ang membantu menubuhkan badan kebajikan Inggeris, Medical Aid for Palestinian (MAP) berikutan tregadi pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada 15-18 September, 1982.

Pada tahun 1987, pengurusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat, telah menganugerahi Dr Ang pingat tertinggi Palestin iaitu Bintang Palestin, bagi kerja-kerja dan sumbangan beliau kepada rakyat Palestin.

Dari Beirut Ke Jurusalem adalah catatan beliau sebagai saksi tragedi Sabra dan Shatila. Ia adalah suara setia seorang rakan untuk rakan yang amat memerlukan pembelaan. Beliau juga merupakan pengarang bersama Field Manual in War Surgery, sebuah buku panduan berdasarakan pengalaman di medan perang.
.
*403 halaman


DUBLIN OH DUBLIN

Kumpulan cerpen ini ditulis oleh Joyce sebelum dua novel agungnya, Ulysses dan Finnegans Wake diterbitkan. Dalam lima belas buah cerpen yang terdapat dalam buku ini, Joyce memaparkan kisah hidup penghuni Dublin secara terus terang dan berdasarkan peristiwa yang sebenarnya. Walaupun peristiwa yang diceritakan itu kadangkala tidak begitu penting, namun temanya bersifat sejagat. Dalam ceritanya Joyce selalu bersikap terbuka dan tidak pernah memandang sepi penghuni DUblin yang digambarkannya dengan penuh simpati, dan menarik.

"Tokoh yang paling berpengaruh dalam bidang cerpen inggeris pada dekad kedua dan ketiga abad ini ialah James Joyce... Dublin Oh Dublin mencerminkan keharmonian yang lebih ketara jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan cerpen lain."

-Walter Allen, The Short Story in English, 1981
.
*353 halaman

KARBALA


KARBALA

Tuhan, aku sungguh malu, betapa banyak dosa aku, Nabi, umat macam apakah aku ini; cucunda kesayanganmu hancur diseligi sedang aku masih solawat tanpa meratap dan menangis akan korban di karbala ini. Nabi o nabi, layakkah aku meraih syafaatmu di akhirat nanti andai apa jadinya di karbala pun tak aku peduli.

"Sebagai tukang seru perpaduan dalam islam Faisal Tehrani tidak pernah peduli asalkan halaman kebenaran dapat dipaparkan untuk bacaan kita"

Karbala adalah sejarah dan akar revolusi yang mesti dihayati.
.
*198 halaman


HAMKA PUJANGGA ISLAM
Kebanggaan Rumpun Melayu,
Menatap Peribadi dan Martabatnya
.
Banyak perkara yang belum di ketahui oleh orang ramai perihal peribadi dan martabatnya seorang insan yang bergelar Prof. Dr. Hamka, termaktub dalam buku ini. Dan banyak pula dokumen yang belum tersiar, yang selama ini ingin kita ketahui duduk perkaranya; seperti pengalaman hamka selama di penjarakan oleh Presiden Sukarno, dan sikap Hamka yang meletak jawatan sebagai yang Dipertua Majlis Ulama Indonesia, sebelum habis tempoh jawatannya, dan banyak lagi. Selain perkara umum, agama dan politik, tak kurang menariknya ialah kehidupan peribadi Hamka sebagai seorang suami, ayah, datuk dan mamak serta orang tua daripada suatu keluarga Syeikh (Tuan Guru) asal Minangkabau yang punyai budaya dan adat resam terserndiri. Penulis juga mengetengahkan kemahiran Hamka membahagi waktu antara mengarang, berkhutbah, ceramah, beri syarahan dan kuliah subuh, membaca buku dan tilawah al-Quran serta menerima tetamu yang meminta nasihat. Nasihat masalah keluarga, urusan peribadi dan lain lagi; sehinggalah orang ramai perlu beratur menunggu giliran, seperti halnya nak jumpa doktor perubatan di klinik atau di hospital. Semua itu dilakukannya, penuh ikhlas, tanpa mendapat bayaran, apatah lagi meminta, ianya kerana Allah, demi membantu sesama insan. Itulah pengabdiannya kepada Allah, menerusi kasih sayang kepada sesama ummah. Sudah pasti, hal-hal seperti itu adalah sesuatu yang amat bernilai lagi berharga bagi kita untuk mengenali, menatap peribadi dan martabat Prof. Dr. Hamka.
.
Hamka ulama, pemikir alam melayu.

"Hamka adalah seorang tokoh yang terhasil dari sejarah yang melatari zamannya. Beliau seorang yang nekad dan teguh pendirian dalam melakukan penafsiran al-Quran walaupun terpaksa menghadapi kencaman dan kritikan. Penafsiran al-Quran sering diwaarnai kecenderungan penafsir dan ia adalah legitimasi tekstual bagi pendapatnya"

-Dr. Wan Sabri Wan Yusoff dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia-
.
*396 halaman

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds