HANG TUAH


SA-PATAH KATA

NAMA Hang Tuah dan sahabat2 karib-nya ia-itu Hang Jabat,
Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu amat-lah mashhor di
-kalangan bangsa Melayu. Kesah2 mereka berulang2 di-sebut
dan di-cheritakan dari dahulu hingga-lah sekarang ini, dari
yang berbentok cherita2 lisan, wayang2 bangsawan hingga-lah
kapada sandiwara dan filem. Bangsa Melayu tidak pernah jemu2
dengan kesah pahlawan2 mereka ini.

Dalam zaman sains ini banyak orang membahathkan so'al wujud
atau tidak-nya, menasabah atau karut-nya, dongeng atau sa-
benar-nya tokoh2 ini dan sa-bagai-nya. So'al2 sa-demikian
ini lebeh merupakan so'al2 sejarah yang amat rumit dapat di
-huraikan sa-lagi penyelidekan sejarah mengenai bangsa
Melayu dan Tanah ayer-nya belum di-buat dengan bagitu dalam,
luas dan dengan kacha-mata kebangsaan. Walau bagaimana pun,
kesah lima orang pahlawan ini semenjak beratus2 tahun sudah
memang menjadi kesah yang melambangkan kepahlawanan Melayu.
Pahlawan2 tersebut merupakan sumber ilham kapada bangsa
Melayu dalam berchita2 dan berusaha bangun dan maju kembali
di-zaman2 kemudian-nya.

Oleh itu dalam zaman kemerdekaan dan pembangunan bangsa dan
negara kita sekarang ini sesuai benar-lah kalau kita
memberikan banyak perhatian kapada Hikayat Hang Tuah ini,
tambahan pula Hikayat ini merupakan salah sa-buah karya asli
dan agong dalam kesusasteraan Melayu. Ini-lah salah satu
tujuan besar Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Hikayat
yang penting ini.

Hikayat Hang Tuah ini berdasarkan naskhah tulisan tangan
berhuruf Jawi kepunyaan al-marhum Tengku Ibrahim ibni al-
marhum Tengku Muhammad (Tengku Seri Utama Raja), sa-orang
anggota karabat di-raja Kelantan dan telah di-usahakan oleh
Enche' Kassim Ahmad, Pegawai Penyelidek Dewan ini yang
sekarang bertugas di-School of Oriental and African Studies,
London. Saya tidak dapat melupakan budi al-marhum Tengku
Ibrahim yang pada masa hayat-nya telah memberikan kerjasama-
nya yang sunggoh berharga itu. Atas usaha Enche' Kassim Ahmad
merumikan, memberikan kata pengenalan dan chatetan2 maka
saya memguchapkan sa-tinggi tahni'ah jua.

28hb. Ogos, 1963
Syed Nasir bin Ismail
Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka


ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN
PEMBEBAS BARAT DAN TIMUR
PEMBINA TEMBOK YAKJUJ & MAKJUJ

"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain.
Katakanlah,'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang
perihalnya.'Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya
kekuasaaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi
mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya."
(surah al-
Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan
dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja
agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod
sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun
mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di
dalam al-Quran masih 'misteri'. Buku Alexander adalah
Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak
Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling
kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan
musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada
sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya
beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini:
Alexander the Great di dalam Tafsiran al-Quran . Nama
Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno .
Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) .Raja-raja Dunia yang
Melawan Yakjuj & Makjuj . Oasis Monoteisime di tengah Gurun
Paganisme Yunani . Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander
. Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem .
Pengambaraan Alexander Barat dan Timur . pertemuan Alexander
dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi
Alexander membina Tembok Besi . Jawapan Kepada Tuduhan.

Penulis adalah pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia.
Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah
(PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak
menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan
hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj &
Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds