"Pendekatan pengarang bukan sahaja mementingkan jalan cerita tetapi setiap episod yang dikemukakakn adalah berdwi-fungsi"
"Gayanya pula menggunakan kombinasi antara yang konvensional dengan cara baharu, yang tidak biasa dilakukan pengarang-pengarang sebelum ini"
"Walaupun melakukan peruahan itu penuh liku dan cabaran, perubahan itu sendiri tidak dapat ditahan-tahan, seperti kata Haji Mihad, ia laksana cahaya yang terkurung yang akan mencari jalan merembas keluar melalui rongga atau retak biar seseni apa sekalipun"
"Novel ini lebih daripada sekadar menghiburkan"
-Laporan Panel Hakim-
HADIAH NOVEL NASIONAL merupakan kesinambungan tradisi Utusan Publications & Distributors bersama Utusan Melayu-Public Bank yang prihatin terhadap pembangunan sastera tanah air. Sayembara ini ditaja sebagai mengenang jasa tokoh penulis yang telah berjuang bersenjatakan ketajaman mata pena demi kemajuan begara dan jagat raya. Selumayan hadiahnya, sayembara ini berhasrat menampilkan karya-karya terunggul dan mutakhir.
*705 halaman
SEJARAH KEKERAMATAN 99 WALI ALLAH S.W.T.
"Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa Wali atau kekasihnya tidak pernah merasa takut dan bersedih hati. Mereka itulah orang-orang yang beriman dan bertakwa." (Mafhum Surah Yunus : 62-63)
Tiada seorang pun dari kaum Muslimin yang mengingkari kebenaran firman Allah s.w.t di atas. Bahkan Imam al-Haramain, salah seorang tokoh ulama terkemuka dari mashab Syafi'i berpendapat bahawa sesiapa yang mengingkari kewujudan Wali dan adanya keramat-keramnat yang dimiliki mereka, maka ia sama dengan mengingkari mukjizat dan wujudnya para Rasul.
Imam Ibnu Taymiah pula sangat jeli dan teliti dalam membezakan antara Wali-Wali Allah s.w.t. dan Wali-Wali Syaitan. Lebih lanjut beliau berpandangan bahawa puncak kekeramatan pada seorang WAli Allah adalah terletak pada sejauhmana istiqamah Wali tersebut di dalam menjalankan ketaatan kepada Allah s.w.t. Bagi beliau, berbagai kejadian luar biasa yang lazim berlaku pada diri seseorang bukan jaminan bagi dirinya bahawa ia adalahg seorang Wali Allah s.w.t.
Pendapat tersebut serupa dengan apa yang pernah diucapkan oleh tokoh Sufi terkenal Abu Yazid al-Bustami kepada murid-muridnya: "Jika kamu seseorang yang memiliki beriubu-ribu keramat sehingga ia mampu terbang di udara atau berjalan di atas air, maka jangan sekali-kali engkau tertipu dan terpedaya olehnya sehinggalah kamu mempastikan sejauhmana ia menjalankan hukum-hukum syariat."
Buku ini menghuraikan berbagai jenis keramat yang lazim ke atas diri seorang Wali Allah s.w.t. Pembaca akan sangat seronok ketika menjumpai peristiwa-peristiwa ajaib dan luar biasa yang berlaku ke atas Wali-Wali yang telah dikenal dalam sejarah. Pada setiap akhir cerita dihuraikan beberapa iktibar dan pengajaran sehingga diharapkan dapat menambah pemahaman pembaca dengan pemikiran yang benar. Penterjemah juga melengkapkan buku ini dengan huraian secara panjang lebar tentang hal-ehwal keramat, mukjizat, istidraj dan cara-cara mengenalpasti Wali Palsu serta mengemukakan dalil-dalil yang bernas dari al-Quran, al-Hadis dan Athar Sahabat.
*776 halaman
KOLEKSI TERPILIH SASTERWAN NEGARA
A.SAMAD SAID
A.SAMAD SAID
Satu himpunan karya pelbagai genre seorang seniman biasanya mudah menjadi sebuah rimba kehidupan yang serentak mengandungi keindahan dan misteri. Himpunan karya itu terkadang menyembunyikan sebahagian pengamatan kehidupannya, terkadang menyerlahkan idealisme dan keinginan batinnya, dan terkadang menyatakan sikap hidup atau tentangannya terhadap kekerasan, kekasaran dan kepincangan di dunia.
Himpunan karya itu juga boleh menjadi sebuah denai rahsia, pernyataan seninya. Mengapa pada satu ketika cerpen, mengapa ada ketikanya dia mengghairahi drama, sedang ada ketika pula novel yang lebih diunggul; atau mengapa dalam warkah atau diarinya, peribadinya juga masih berahsia, padahal rakaman itu dibangunkan daripada perhubungan dan pencarian tulen dalam kehidupan dan hariannya.
Peluang seperti inilah ternyata sempat diberikan oleh himpunan-himpunan karya pilihan pelbagai genre A. Samad Said ini. Tidak sahaja ia menyerlahkan kemampuan Samad menguasai pelbagai genre sastera, malah kepada para penelaah, di serlahkan juga imbasan sebab-munasabab pemilihan genre-genre itu.
Seimbas lalu terbukti Samad menyenangi novel daripada cerpen kerana seperti yang pernah diakuinya, "Novel memberikan dunia kehidupan yang luas." Dan akan jelas jika ingin diperiksa dan dipertanya sejarah masa lalu dan kekalutan masa kini, Samad gemar memilih genre puisi seperti yang terbukti dalam "Benih Harapan", dan "Balada Hilang Peta".
Dapat dikesan Samad berfalsafah dalam dramanya Wira Bukit, bercerita dalam puisinya Balada Hilang Peta, berahsia dalam novelnya Hujan Pagi, dan terbuka dalam warkah dan diarinya Warkah Eropah dan Diari Kembara. Kerja seninya tidak juga terkongkong pada idea dan cita- cita. Daripada karya kepada karya terkesan pengamatannya, terpancar visinya dan terbukti kesungguhannya. Daripada cerpen dan pusi yang mengawali kerja seninya kepada novel dan esei yang membina kematanggannya, Samad tampak berkisar daripada masalah kepada masalah, daripada teknik kepada teknik, daripada eksperimen kepada eksperimen, beralih daripada keraguan kepada ketegasan, daripada kegayahan kepada kestabilan.
Keragaman upayanya itu, dengan demikian, memungkinkan kita melihat Samad serentak sebagai seorang manusia biasa yang dipunyai keluarganya dan Samad sebagai seorang seniman yang diperiksa dan diramahi umum. Dengan begitu wajarlah himpunan karya pelbagai genre ini dimanfaatkan sebagai gerbang kecil untul memasuki dunia seni seorang sasterawan yang selama empat dekad secara teguh, tekun dan konsisten, turut memperkaya saastera tanah air.
"..Kepada setiap penyair gundah, daun gugur pun sentiasa indah.." A.Samad Said
*504 halaman
WAJAH; BIOGRAFI PENULIS EDISI KETIGA ini berdasarkan buku Wajah, (cetakan pertama, edisi kedua 1988) yang telah mengalami beberapa pembetulan, pertambahan, penyelarasan, iaitu merangkumi penulis-penulis pilihan yang muncul sehingga tahun 1970-an. Seramai 139 orang penulis disenaraikan dalam buku ini, merata-rata telah memperlihatkan
kesan serta pengaruh yang penting terhadap pertumbuhan dan perkembangan kesusastera Melayu moden sama ada dalam bidang cerpen, puisi, drama, esei kritikan mahupun terjemahan. Sumbangan tokoh-tokoh penulis ini, di samping secara jelas memperkaya khazanah kesusasteraan turut juga meningkatkan mutu seninya. Ini terlaksana antara lainnya melalui kegiatan, pengalaman, pendidikan, daya kreativiti dan sensitiviti yang meeka miliki.
kesan serta pengaruh yang penting terhadap pertumbuhan dan perkembangan kesusastera Melayu moden sama ada dalam bidang cerpen, puisi, drama, esei kritikan mahupun terjemahan. Sumbangan tokoh-tokoh penulis ini, di samping secara jelas memperkaya khazanah kesusasteraan turut juga meningkatkan mutu seninya. Ini terlaksana antara lainnya melalui kegiatan, pengalaman, pendidikan, daya kreativiti dan sensitiviti yang meeka miliki.
*796 halaman
PANDANGAN HIDUP MUSLIM
Katakanlah! "..Aku percaya kepada Allah dan kemudian pegang teguhlah pendirian itu.." Dengan itulah kita hadapi segala persoalan di dalam hidup ini. Dengan itu kita kibarkan panji kita. Kalimat itulah yang terlukis padanya, dandengan pendirian itu, kita hidup ditengah-tengah
masyarakat. Dengan itu kita jiwai seluruh kebudayaan dalam segala macam seginya, engan itu pula mencari pengetahuan dalam segala macam cabangnya. Itulah pangkalan tempat kita bertolak. Dan itulah pelabuhan terakhir tempat bahtera kita besauh.
masyarakat. Dengan itu kita jiwai seluruh kebudayaan dalam segala macam seginya, engan itu pula mencari pengetahuan dalam segala macam cabangnya. Itulah pangkalan tempat kita bertolak. Dan itulah pelabuhan terakhir tempat bahtera kita besauh.
Cubalah pasang dan susun jiwa kembali. Kembali ke dalam istiqamah, nescaya terbukalah kembali hijab. Nescaya hilanglah bayang-bayang dai sesuatu yang tidak ada hakikatnya.
Mencari persesuaian istiqamah pada diri dan mustaqim pada jalan, itulah perjuangan hidup kita. Asalkan istiqamah tak pernah lepas, jalan itu pasti bertemu.
Maka tegaklah dengan teguh, istiqamahlah, laksana batu karang di hujung pulau, menerima hempasan segala ombak dan gelombang yang menggulung; setiap ombak dan gelombang datang, setiap itu pula ia membawa zat yang akan menambah kukuh dirinya.
*315 halaman
PENDETA ZA'BA DALAM KENANGAN
Ketokohan Za'ba bukan sahaja menyerlah dalam bidang bahasa dan sastera malah dalam bidang politik dan agama. Beliau yang bersifat radikal bukan sahaja berani mengutarakan idea-idea baharu dalam masyarakat Melayu malah dengan berani menulis tentang kelemahan orang-orang Melayu dan cara memperbaiki kelemahan tersebut.
Antara karyanya yang termasyur ialah ''Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III, Ilmu Mengarang Melayu, Asuhan Budi Menerusi Islam dan sebaginya. Beliau juga telah menterjemah karya Mark Twain, The Prince and The Pauper (Anak Raja dengan Anak Papa) dan karya Shakepeare, Cerita-cerita Suka Shakespeare. Selain itu, beliau turut menghasilkan beratus-ratus makalah dalam majalah dan akhbar tempatan.
Dalam buku ini, kedua-dua penulis, Abdullah Hussain dan Khalid M. Hussain telah menyenaraikan karya Pendeta Za'ba dalam pelbagai media dengan terperinci di samping mengisahkan riwayat hidup dan ketokohannya dalam masyrakat Melayu.
*352 halaman
"wajah seorang anak muda polis - sederhana dan tenang menghitung dari depan yang tak pasti... Beliaulah Sasterawan Negara Usman Awang-
SEORANG PEYAIR SEBUAH BENUA RUSUH
USMAN AWANG dapat dianggap sebagai sebuah biografi yang paling lengkap, yang menggalur air kehidupan Usman, dari Tajung Lembu/Kuala Sedili hinggalah ke Mersing, Muar dan Segamat. Melaka dan Singapura pula mematangkannya dan membentangkan bakat multibidangnya. Barang kreativitinya diusut pada pengalaman dan puisi-puisinya. Puluhan gambar lama dan baru mengakar kita pada kenyataan hidup penyair ini. Sesungguhnya, dengan mata yang sangat tajam dan kehadirannya yang selalu 'terlibat', Usman telah membawa pembacanya melalui tiga zaman - sebelum perang, selepas perang dan selepas merdeka. Tahun-tahun 1960-an hingga 1990-an, Usman menjadi pemimpin dan contoh, teman dan penggerak drama, puisi, dan majalah sastera di Malaysia. Dunia penuh Usman yang dilukiskan dalam biografi ini disajikan kepada peminat, pengkaji, pelajar, dan semua yang ingin melihat makna sasterawan ini dan sastera di Malaysia.
Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, seorang teman, kritikan kawan puisi, dan juga seorang penyair, mengenali Usman sejak tahun 1968. Beliau sering berkongsi pentas dan ruang sastera dengan Usman. Untuk menyiapkan biografi ini, Muhammad telah mewawancara Usman - tidak kurang daripada 20 kali - untk mengutip buah ingatannya. Muhammad juga menggeledah sumber daripada anak Usman, sepupunya, ibu saudaranya, teman-temannya, pustakawan, dan tentu sahaja buku, makalah, majalah, juga ratusan foto lama, turut menjadi sumber primer Muhammad dalam menghasilkan biografi yang cukup bermakna ini.
*310 halaman
MUTIARA KATA SASTERAWAN NEGARA
"..Orang perjuangan selalunya menghadapi dua kemungkinan; hilang atau terbilang.." Keris Mas
"..bila perut dan nafsu dan akal naik minyak, hati jadi kosong. Bila hati kosong, kosonglah semua.." Shahnon Ahmad
"..Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perlaksanaan peratuan-peraturan.." Usman Awang
"..Kanan atau kiri tak jadi soal, yang jadi soal ialah perjuangan untuk rakyat jelata. Kiri pun perjuangan dan kanan pun perjuangan.." A.Samad Said
"..Sepuluh kepala, sepuluh tangan dan satu mulut. Ertinya berfikir sepuluh kali, berbuat sepuluh kali tapi bercakap sekali sahaja.." Arena Wati
"..Bahasa membina dunia, menyusun diri dan memberi layangan pengalaman.." Muhammad Haji Salleh
"..Sejarah telah menunjukkan, ada bangsa yang hapus terus di muka bumi ini.. kerana bangsa itu tidak ada ketahanan yang kukuh atau telah rosak jiwanya.." Noordin Hassan
"..Menimbulkan kesukaran kepada orang lain adalah berdosa. Satu perbuatan yang Allah benci.." Abdullah Husain
*153 halaman
DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH
HAMKA lahir pada 17 Februari 1908, di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusteraan. Penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.
"..Baru sekarang adinda beroleh berita di mana Abang sekarang. Telah hampir dua tahun hilang saja dari mata, laksana seekor burung yang terlepas dari sangkarnya sepeninggalan yang empunya pergi. Kadang-kadang adinda sesali diri sendiri, agaknya adinda telah bersalah besar, sehingga kakanda pergi dengan tak memberi tahu lebih dahulu.
Hanya kepada surat Abang itu, surat yang hanya sekali itu dinda terima selama hidup, adinda tumpahkan air mata, kerana hanya menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling penghabisan bagi orang perempuan. Tetapi surat itu bisu, meskipun ia telah lapuk dalam lipatan dan telah layu kerana kerap dibaca, rahsia itu tidak juga dapat dibukanya.
Sekarang Abang, badan adinda sakit-sakit, ajal entah berlaku pagi hari, entah besok petang, gerak Allah siapa tahu. Besarlah pengharapan bertemu.."
*84 halaman
SALAMANDER
Sembilan buah cerita menarik tentang perkampungan Jepun oleh pakar kekecewaan, ketiadaan sentimen, dan menggarap ciri-ciri cereka secara tersirat.
"..Begitu mahir...lembut...penyayang.."
Books Abroad
"..Bergeliga dan lucu.."
Times Literary Supplement
"..Salah satu karya kesusasteraan Jepun yang paling penting pernah diterjemahkan.."
Oriental Economist
"..Kabus di timur menghilang untuk mendedahkan dunia yang berbeza dan persepsi yang berlainan.."
Irish Times
Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan penghargaan kepada TOSHIBA INTERNATIONAL FOUNDATION kerana menaja penterjemahan buku ini.
*191 halaman
API DI BALIK BUKIT
DARUSSALAM, penulis yang tidak alah oleh masa. Beliau menulis cerpen sejak tahun 1960-an dan hingga kini namanya masih menyinar di dada akhbar dan majalah tempatan.
Kesemua 14 buah cerpen dalam kumpulan Api di Balik Bukit ini menyerlahkan kehebatan beliau sebagai pelunulis veteran yang mampu mengolah pelbagai tema dan persoalan semasa masyarakat yang lebih besar dapat digarapnya dengan penuh kelunakan dan kelembutan di samping sesekali mencuit kesinisan dan protes. Tidak syak lagi pengalaman beliau sebagai 'penulis guru' telah menjadikan cerpen-cerpennya begitu bertenaga dan menjanjikan kepuasan yang sepatutnya dibaca oleh setiap golongan.
*162 halaman
ADIK DATANG
Buminya di Tanah Melayu; eranya riak empatpuluhan; kisahnya cinta dan duka manusia. Segalanya bermula dalam gelora awal Perang Duni Kedua, di mana segelintir manusia amat sederhana mula menanggung luka peribadi dan lara bangsa.
Suhaidah, janda derita mananti bayi kedua; Wagiman, bekas pejuang masih membara; Rasimah, isteri setia terus terdera; Dzulkifli, pewaris amanah membangun madrashah - mereka membauri kisah manusia dekad empatpuluhan ini dengan batin yang berdegup cemas sebelum meledak bom pertama di Malaya.
Mereka adalah himpunan manusia gamam di bawah sergahan awan perang. Secara berdikit, kalungan kisah-kisah sederhana seputar mereka menyerlahkan makna kehidupan sebuah masyarakat kecil pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai karenah.
Dengan bahasa jernih limapuluhan, imbas hasrat Malindo dan langgam barat, dalam citarasa ASAS 50, novel ini merakamkan sebuah kehidupan sebelum Perang Dunia Kedua sesetianya. Hanya sesekali sebuah karya sastera sempat serentak menggabungkan kehidupan dan kesenian.
*452 halaman
ANTOLOGI PUISI
SUMUR MAHMUDAH, MAWADAH DAN ANUGERAH
"..Marilah masuk ke sumur mahmudah
mengakrabi roh-roh karimah mesra rindu menggamit sayang
kasih pun, tiada terlerai tatkala cinta bertaut nur sakinah hamparan-Nya.."
Demikian antara bait puisi di dalam antologi puisi ini. Antologi puisi ini memuatkan puisi yang dihasilkan oleh tiga orang penulis wanita yang sering memenangi peraduan menulis puisi. Pastinya antologi puisi ini bakal menjadi khazanah penting apabila merujuk kepada perkembangan dan sumbangan penulis puisi wanita di Malaysia
*265 halaman
..pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera, aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama, berfikir dan berazam selari meluhuri suci akidah. apa yang kupinta demi lestarinya sanubari Islami, memelihara madrasah dan jawi yang mulai dilupai ? tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?.. A. Samad Said - Suara dari Dinding Madrasah
Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 yang mengandungi 37 judul buku hasil karya 37 orang pengarang ini mewakili segugus pengarang penting Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia yang telah mencambahkan puluhan ribu cerpen dalam tempoh satu abad yang baru berlalu. Pelbagai tema dan persoalan yang terungkap dalam sejumlah lebih 700 cerpen ini, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran masing-masing pengarang yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda mereka sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Siri kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa melayu.
*216 halaman
DOSA PEJUANG
Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 yang mengandungi 37 judul buku hasil karya 37 orang pengarang ini mewakili segugus pengarang penting Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia yang telah mencambahkan puluhan ribu cerpen dalam tempoh satu abad yang baru berlalu. Pelbagai tema dan persoalan yang terungkap dalam sejumlah lebih 700 cerpen ini, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran masing-masing pengarang yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda mereka sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Siri kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa melayu.
*216 halaman
SEKETUL HATI SEORANG PEMIMPIN
Seketul Hati Seorang Pemimpin menghimpunkan 15 buah cerpen Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang terilham daripada penekanan yang mengharu dan menggelisahkan jiwa serta elemen-elemen yang berkembang sebelumnya. Hal ini boleh saja terjadi melalui iklim politik kebadutan, kenangan-kenangan zaman silam, keyakinan akan kekuasaan Tuhan dan sebagainya. Di samping itu bagi Shahnon, sejarah dalah guru yang baik hati. "Kita banyak belajar darinya. Kita memarahinya tapi juga kita menyanyinginya. Dengan sejarah kita menangis dan insaf... juga memperjelaskan kepada kita siapa yang benar-benar berkuasa di alam raya ini...."
.
*303 halaman
LAMPU YANG TAK KUNJUNG PADAM
LU HSUN yang dianggap sebagai Bapa Kesusasteraan Tionghua Moden dilahirkan pada 25 September 1881 di wilayah Che Kiang dan meninggal dunia pada 19 Oktober 1936 setelah menghabiskan hampir separuh daripada usianya dalam kegiatan kesusasteraan. Sewaktu berumur enam tahun beliau sudah mula bersekolah rendah dan pada 24 Mei 1898 telah melanjutkan pelajarannya ke Akademi Angkatan Laut di Nangking dan pada tahun berikutnya telah berpindah pula ke Akademi Jalan Keretapi dan Perlombongan sehingga lulus peperiksaan terakhir pada tahun 1902. Beliau kemudiannya berlepas ke Jepun untuk menuntut ilmu perubatan. Akan tetapi pengajiannya itu tergenjat separuh jalan kerana minatnya lebih tertumpu kepada bidang sastera.
LU HSUN yang dianggap sebagai Bapa Kesusasteraan Tionghua Moden dilahirkan pada 25 September 1881 di wilayah Che Kiang dan meninggal dunia pada 19 Oktober 1936 setelah menghabiskan hampir separuh daripada usianya dalam kegiatan kesusasteraan. Sewaktu berumur enam tahun beliau sudah mula bersekolah rendah dan pada 24 Mei 1898 telah melanjutkan pelajarannya ke Akademi Angkatan Laut di Nangking dan pada tahun berikutnya telah berpindah pula ke Akademi Jalan Keretapi dan Perlombongan sehingga lulus peperiksaan terakhir pada tahun 1902. Beliau kemudiannya berlepas ke Jepun untuk menuntut ilmu perubatan. Akan tetapi pengajiannya itu tergenjat separuh jalan kerana minatnya lebih tertumpu kepada bidang sastera.
Kegiatannya yang mula-mula dalam bidang sastera ialah menerbitkan majalah sastera yang diberi nama Kehidupan Baru, dan ini diikuti dengan usahanya menterjemahkan buku-buku ke bahasa Tionghua. Antara yang sempat diterbitkannya ialah dua buah buku bersiri berjudul Kumpulan Cerita-cerita Luar Negeri. Cerpennya yang pertama berjudul Catatan Harian Seorang Gila hanya dihasilkan dalam tahun 1918 dan telah disiarkan dalam majalan Pemuda Baru. Bermula dengan cerpen tersebut, beliau terus menghasilkan bukan sahaja cerpen, tetapi juga esei, kritikan, sajak dan juga terjemahan. Semua karya itu kemudiannya diantologikan dan diterbitkan. Antaranya ialah Teriakan Perang, Mundar-mandir, Cerita-cerita Baru Diceritakan Semula, Ringkasan Sejarah Cerita-cerita Tionghua dan lain-lain.
*148 halaman
TURKI NEGARA DUA WAJAH
Turki pimpinan Kemal Ataturk, menjauhkan Islam dari kepimpinan hidup manusia. Negara dua wajah ini adalah bencana yang paling dasyat dalam sejarah manusia dan kemanusiaan. Meminggirkan agama (deen) ini dari fungsinya sebagai pedoman dan petunjuk jalan kehidupan manusia adalah tikaman yang paling memedihkan dan menusuk jantung umat.
Sesungguhnya, kesengsaraan dan nasib malang yang menimpa pada diri manusia, khasnya pada keluarga serta masyarakat pada amnya, adalah natijah dan hasil yang alami serta buah yang buruk akibat lenyapkan al-Quran dari singgahsana kehidupan yang universal serta pandangan hidup yang menyeluruh.
Sesungguhnya, kebingungan, kehilangan, kegagalan dan kesempitan yang menyelubungi kehidupan manusia seluruhnya, adalah perbuatan dari tangan-tangah jahat yang digerakkan oleh musuh-musuh yang hina (terutamanya orang-orang yahudi)
Mereka meruntuhkan bangunan yang agung ini dan merobohkan menara yang menjadi petunjuk jalan bagi generasi Islam serta memusnahkan lembaran besar mengenai kebenaran. kepahlawanan dan keluhuran yang dinukilkan kaum Muslimin dengan jihad dan amal solehnya selama tiga belas abad.
Bagaimana bangunan ini runtuh? Bagaimana menara cahaya dan penyuluh itu dirobohkan? Bagaimana negara islam yang gemilang, iman dan ketamadunan luhur itu hilang? Bagaimana pula kekhilafahan itu runtuh?
Buku ini mengupas seluruh upaya Yahudi untuk meruntuhkan kekhilafahan Islam terakhir melalui bonekanya yang di kenal sebagai Mustafa Kemal Ataturk - sang manusia berhala yang berjiwa serigala.
.
*154 halaman
SETEGUH TEKAD
"Mendengar tangisan ayah pada waktu malam amat menyayat hatiku untuk dikenang. Mendengar batuknya yang bertalu-talu mengocak hening malam menjadikan aku hiba. Betapa luhurnya hati seorang insan kerdil seperti ayahku, seorang ayah yang tidak pernah putus harap untul berdoa dan mengadu kepadaNy. Mengimbau kembali zaman kecilku, bersama keperitan ayah dan ibu membesarkan anak-anak, mengingat tangisan ayah di tengah malam di tikar sejadah benar-benar memberiku semangat untuk merubah nasib keluarga. Sesungguhnya, merenung jejak-jejak silam dalam proses pendakianku, terlalu banyak pengalaman menarik yang boleh direnung kembali"
SETEGUH TEKAD menyelami kehidupan anak kelahiran Melaka ini mendaki tangga-tangga kejayaan. Sebuah rentetan pengalaman hidup yang menekankan aspek motivasi dan berupaya merangsang jiwa agar sentiasa bersemangat kental.
Prof. Dr. Sidek Baba, tokoh pendidik yang berjiwa besar ini mengajak anda menilai erti sebuah kehidupan yang amat perlu diisi dengan ilmu. Yang pasti, setelah menutup helaian akhir autobiografi ini, anda akan terdorong untuk membuat perubahan dalam diri. Selamat membaca, mudah-mudahan anda akan dapat mengambil iktibar daripada perjalanan hidup ikon umat Islam ini.
*319 halaman
Subscribe to:
Posts (Atom)