Kitab Mat Kilau

Inilah wajah Pahlawan Mat Kilau

Muhammad Idris bin Haji Ibrahim, pengurus besar Utusan Melayu Malaysia Berhad sedang memangku Pahlawan Mat Kilau sewaktu beliau mengunjungi di rumahnya semasa beliau sedang sakit. Dalam kunjungan ini Mat Kilau telah memberi keizinan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad untuk mencatat kitabnya yang ada di dalam simpanan Wan Alim bin Wan Hasan di Bukit Selembu, Sungai Petani Kedah.


Pahlawan Mat Kilau kelihatan terbaring di katilnya waktu ia sedang sakit tenat di rumah cucunya Kampung Kambing, batu 5, Kuantan.


Pahlawan Mat Kilau digambar bersama-sama rakan seperjuangan Mat Kelantan suatu di temukan oleh jawatankuasa di rumah cucunya batu 5, kuantan


Di sinilah tempat pahlawan Mat Kilau tinggal semenjak berita tersiar di laman akhbar-akhbar tempatan yang menyatakan bahawa Mat Siam itu ialah Mat Kilau.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa kita terbitkan Kitab Mat Kilau ini setelah kita teliti dan halusi maka kita dapati ada beberapa sebab yang buku ini patut diterbitkan antara sebab-sebab, kita ingin menyatakan kepada masyarakat orang-orang Melayu hari ini, bahawa seratus dua puluh tahun dahulu orang-orang Melayu sudah maju dalam lapangan perusahaan. Ini dapat di buktikan dengan jilidan kitab asal kitab Mat Kilau yang cantik dan kemas itu, kalau keluarkan penjilidan kitab tersebut meneruskan perusahaannya, hari ini kita tentu dapat melihat penjilid bumiputra yang setanding dengan penjilid-penjilidan antarabngsa.

Sebab lain ialah kerana ingin mengenalkan ilmu-ilmu kepahlawanan orang-orang Melayu dahulu kala disamping hendak menunjukkan akan rupa bentuk perbendaharaan sastera lama, yang mana setengah dari simpulan kata-katanya lebih tepat dan padat ertinya bagi pengetahuan generasi kita yang muda ini. Apa yang kita harapkan dengan terbitnya buku ini nanti dapatlah kita jadikan bahan ukuran, kajian, dan selidikan terutama dalam hal-hal kemasyarakatan, ekonomi, dan agama oleh mereka-mereka yang ingin mencari kemajuan yang lebih pesat sesuai dengan zaman angkasa lepas hari ini "Biar maju dengan penuh ilmu di dada, jangan maju dengan meninggalkan sesuatu yang telah ada"

Buku ini dapat diterbitkan atas kerjasama dari Datuk Hasan Nordin pengarah urusan Utusan Melayu Muhamad Idris bin Haji Ibrahim pengurus besar Utusan Melayu, Ustaz Wan Alam bin Wan Hasan yang menyimpan naskhah asal Kitab Mat Kilau, Tuan Haji Muhammad Soleh Hasan Farid Imam besar masjid negara, Abdullah Idris. Kepada mereka yang berkenaan di ucapkan berbanyak-banyak terima kasih

-Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu-
---------------------------------------------------------------------------------------------
Salasilah Kitab Mat Kilau

Kitab disusun dan dipunyai oleh Mat Kilau pada masa Mat Kilau dalam buruan penjajahan inggeris kitab tersebut diserahkan di bawah jagaan Mat Saman Kelantan kerana Mat Kilau ketika itu sentiasa pindah dari satu tempat ke satu tempat untuk melarikan diri dari tangkapan penjajah inggeris sehinggalah putus hubungan mereka.

Akhirnya kitab tersebut diserahkan kepada Sultan Ismail bin Sultan Muhamad oleh Mat Saman kemudian diserahkan pula kepada Yang Teramat Mulia Tengku Bongsu Kelantan yang kemudiannya diserahkan pula kepada Datuk Haji Nik Muhamad yang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan. selain dari menjadi Perdana Menteri Kelantan, Haji Nik Muhamad ialah pengarang Kitab Peti Rahsia sebuah kitab mengenai ilmu-ilmu kebal yang diterbitkan di negeri Kelantan.

Dari Haji Nik Muhamad inilah kitab ini diserahkan kepada Ustaz Wan Alam bin Wan Hasan satu-satunya murid kepada Datuk Nik Muhamad yang telah menamatkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam ketiga-ketiga buah kitab kepunyaan Mat Kilau dan yang mengamalkannya sehingga sekarang yang kemudiannya telah diamanahkan kepadanya supaya menyimpan kitab-kitab tersebut kitab ini telah ditulis oleh Datuk Haji Nik Muhamad yang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan yang sultanya ialah Sultan Ismail. Beliau jugalah yang telah menangkap pahlawan Tuk Janggut Pasir Putih Kelantan waktu ia menentang kerajaan Kelantan kerana tidak mahu membayar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan beliau telah juga mengharamkan polis bangsa Singh berkhidmat di negeri Kelantan

Peringatan!

Dengan ini diberitahu siapa yang ingin mengamalkan salah satu amalan yang terkandung di dalam kitab Mat Kilau ini, supaya meminta terlebih dahulu ijazah dari Ustaz Wan Alim bin Wan Hasan satu-satunya anak murid yang tamat mempelajari amalan-amalan yang terkandung di dalam Kitab Mat Kilau. Mereka boleh berjumpa terus denganya atau berutus melalui surat di alamat dibawah ini ;
Kampung bukit selembu,
sungai petani, kedah.

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds