CERITA SERTA DOA DARI HADITH & AL-QURAN

Buku terbaru terbitan kami ialah "CERITA & DOA dari Hadis dan Al-Quran" ia banyak memfokuskan kepada peranan kita sebagai insan yang beragama Islam, yang mempercayai kewujudan Ilahi, serta beriman dengan hari-hari akhirat dan pada saat itu nanti semua manusia akan diperiksa, diteliti serta diadili oleh Allah s.w.t berdasarkan pada amalan perbuatan yang telah dilakukan semasa di dunia.

Kami yakin buku ini akan menjadi panduan hidup kita untuk bekalan ke hari akhirat yakni ke Padang Mahsyar.

Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang baca.
Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah.
Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah.
Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu.
Umat Islam mesti merenung bukan termenung.
Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti.
Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli.
Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti.
Umat Islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki.
Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik.
Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan.
Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat.
Umat Islam hanya berpandukan Al-Quran, Hadis, Qias, Ijtima' dan Ijtihad, kelak kita terselamat dunia dan akhirat.

*125 halaman

0 saya bertanya..:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds