LAW OF ATTRACTION (HUKUM TARIKAN)
.
"Saya menarik ke dalam hidup saya apa sahaja perkara yang saya berikan sepenuh perhatian, tenaga dan fokus, sama ada positif ataupun negatif."
.
Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi ia adalah daya kuasa yang wujud dalam kehidupan kita. Ia dipanggil Hukum Tarikan dansekarang ia menarik perhatian manusia, pekerjaan, situasi dan hubungan yang ideal kepada anda.
.
HUKUM TARIKAN mendedahkan program 3 langkah yang menarik, lengkap dengan tip, kaedah, latihan, dan skrip, serta menunjukkan kepada anda bagaimana anda dapat mempraktikkan latihan-latihan yang terbukti ini dalam hidup dengan segera. Pelajari bagaimana:
.
. Menarik pasangan ideal anda.
. Menambah kekayaan dan kemakmuran anda(Ia bukan semata-mata mengenai wang).
. Mendapatkan lebih banyak pelanggan dan rujukan ke dalam dunia bisnes anda.
. Menemui kerjaya ideal anda yang sebenar.
.
Pelajari bagaimana cara menggunakan ia dengan sepenuhnya dan berkesan kepada anda. Realisasikan impian anda dengan Hukum Tarikan.
.
MICHAEL J. LOSIER adalah jurulatih dan pengamal NLP (Neuro Linguistic Programming). Sejak 1995, beliau mengajar Hukum Tarikan melalui buku-bukunya, audio, seminar dan persidangan telekonferens kepada beribu-ribu orang di seluruh dunia. Michael menetap di Victoria BC, Canada. Anda boleh layari laman web rasmi http://www.lawofattractionbook.com/.
.
"Mesej yang disampaikan oleh Michael Losier bakal mengubah cara anda melihat diri sendiri dan orang lain. Saya dapati buku Law of Attraction ini sangat memberi inspirasi dan menenangkan."
.
Ethelle G. Lord, M.Ed., CCG
Teamwork Development Associates.
.
"Michael Losier memiliki kebolehan bagi menyerap pelbagai prinsip yang abstrak dan menghasilkan keputusan yang benar-benar berkesan. Buku ini sangat mudah dibaca, diterapkan dan yang paling penting ia berkesan!"
.
Mary Marcdante, Penceramah,
Penulis My Mother, My Friend
.
"Jika anda benar-benar ingin memahami kehidupan yang anda lalui dan ingin mengubahnya menjadi apa yang anda inginkan, maka inilah buku yang anda cari. Ia ditulis dalam bahasa yang mudah difahami."
.
Mark Foster, Wigan UK
.
"Saya sudah membaca pelbagai buku Law of Attraction yang lain, namun bagaikan ada sesuatu yang hilang. Tetapi Losier melengkapkannya melalui Lembaran Kerja Jelas Menerusi Kontras dan Kenyataan Impian."
.
Janet Boyer, New Age Editor
.
*175 Halaman

1 saya bertanya..:

Bagaimana dgn the secret? Ia satu buku yg bagus juga. Cuma sayang, ada bahagian yg perlu pertikaian krn tidak sesuai dgn akidah Islam.

August 22, 2009 at 8:55 AM  

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds