HANG TUAH


SA-PATAH KATA

NAMA Hang Tuah dan sahabat2 karib-nya ia-itu Hang Jabat,
Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu amat-lah mashhor di
-kalangan bangsa Melayu. Kesah2 mereka berulang2 di-sebut
dan di-cheritakan dari dahulu hingga-lah sekarang ini, dari
yang berbentok cherita2 lisan, wayang2 bangsawan hingga-lah
kapada sandiwara dan filem. Bangsa Melayu tidak pernah jemu2
dengan kesah pahlawan2 mereka ini.

Dalam zaman sains ini banyak orang membahathkan so'al wujud
atau tidak-nya, menasabah atau karut-nya, dongeng atau sa-
benar-nya tokoh2 ini dan sa-bagai-nya. So'al2 sa-demikian
ini lebeh merupakan so'al2 sejarah yang amat rumit dapat di
-huraikan sa-lagi penyelidekan sejarah mengenai bangsa
Melayu dan Tanah ayer-nya belum di-buat dengan bagitu dalam,
luas dan dengan kacha-mata kebangsaan. Walau bagaimana pun,
kesah lima orang pahlawan ini semenjak beratus2 tahun sudah
memang menjadi kesah yang melambangkan kepahlawanan Melayu.
Pahlawan2 tersebut merupakan sumber ilham kapada bangsa
Melayu dalam berchita2 dan berusaha bangun dan maju kembali
di-zaman2 kemudian-nya.

Oleh itu dalam zaman kemerdekaan dan pembangunan bangsa dan
negara kita sekarang ini sesuai benar-lah kalau kita
memberikan banyak perhatian kapada Hikayat Hang Tuah ini,
tambahan pula Hikayat ini merupakan salah sa-buah karya asli
dan agong dalam kesusasteraan Melayu. Ini-lah salah satu
tujuan besar Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Hikayat
yang penting ini.

Hikayat Hang Tuah ini berdasarkan naskhah tulisan tangan
berhuruf Jawi kepunyaan al-marhum Tengku Ibrahim ibni al-
marhum Tengku Muhammad (Tengku Seri Utama Raja), sa-orang
anggota karabat di-raja Kelantan dan telah di-usahakan oleh
Enche' Kassim Ahmad, Pegawai Penyelidek Dewan ini yang
sekarang bertugas di-School of Oriental and African Studies,
London. Saya tidak dapat melupakan budi al-marhum Tengku
Ibrahim yang pada masa hayat-nya telah memberikan kerjasama-
nya yang sunggoh berharga itu. Atas usaha Enche' Kassim Ahmad
merumikan, memberikan kata pengenalan dan chatetan2 maka
saya memguchapkan sa-tinggi tahni'ah jua.

28hb. Ogos, 1963
Syed Nasir bin Ismail
Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka

5 saya bertanya..:

sy pun ada buku ni :)
cetakan 1964. susah nak jaga

November 18, 2010 at 10:32 PM  

seronok dengan buku sehinggakan yang dah kuning kekuningan pun sayang nak buang. Simpan baik-baik kan :)

December 27, 2010 at 3:47 AM  

Blog yg menarik penuh dgn info buku,ok saya follow.

http://orderbookonline.blogspot.com/2011/09/misteri-firaun-musuh-para-nabi.html

September 30, 2011 at 3:04 AM  

terima kasih kerana follow blog saya yg biasa-biasa ini. :)

September 24, 2012 at 8:51 AM  

Siri Sastera DBP Bil.17.
Check sy punyer beli from H.HASHIM..
Penjual buku2 melayu 134 Arab St. Spore

April 17, 2019 at 10:05 AM  

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds