KEMBARA SASTERA NISAH HARON
UNITED KINGDOM DAN DUBLIN
"Jauh perjalanan luas pandangan"
Demikianlah
kesimpulan yang dapat diberkas melalui pembacaan buku Kembara Sastera
Nisah Haron : United Kingdom dan Dublin. Penulis melalui buku ini
berkongsi rasa bahagia, rasa syukur dan rasa kepuasan atas keberaniannya
yang nekad untuk mengembara secara solo ke benua yang asing buatnya.
Nisah
Haron menggunakan sepenuh setiap peluang dan ruang daripada
pengamatannya di bumi Eropah untuk dibawa balik serta menzahirkannya
dalam bentuk catatan yang boleh dimanfaatkan di tanah air. Perkara yang
dititikberatkan adalah cara orang barat menghargai golongan penulis;
agar dihargai dan dikenang jasa mereka sepanjang zaman walaupun mereka
sudah tiada lagi di dunia ini.
Lantaran buku ini
ditulis oleh seorang penulis kreatif, pelukisan lokasi geografinya
melalui nkata-kata amat berkesan, sehingga jelas terbayang di mata
bagaikan pembaca turut berada di tempat yang diceritakannya.
Sesungguhnya buku ini bukan sekadar mengisi kisah kembara, tetapi lebih
dari pada itu; tentang nilai persahabatan, nilai persaudaraan dan
motivasi betapa perlunya pemikiran yang positif serta bersangka baik
kepada Allah kerana Dialah Maha Pemberi segala yang difikirkan
hamba-Nya.
"Nisah, anda sangat berani dan sangat merangsang. Suami dan lima orang anak anda juga sangat berani dan memahami. Bapak kagum!"
* 209 Halaman
0 saya bertanya..:
Post a Comment