PATAH TUMBUH


PATAH TUMBUH
.
..di tangan Keris Mas bentuk cerpen Malayu menjadi bertambah kukuh dan matang, malah beliau berhasil memperluaskan kemungkinan-kemungkinan pada cerpen untuk menciptakan karya seni yang tinggi mutunya... Karya-karya Keris Mas mengungkapkan pengalaman orang Melayu dalam zaman-zaman yang genting melalui trauma-trauma lepas pendudukan Jepun, ancaman Bintang Tiga, perjuangan menentang Malayan Union dan seterusnya perjuangan mencapai kemerdekaan serta penyesuaian dengan perubahan-perubahan selepas merdeka... Seorang sasterawan penting ialah seniman yang meluaskan sempadan kemungkinan bahasanya. Keris Mas telah dicabar oleh alat ekspresinya dan beliau berhasil meluas dan menghaluskan bahasa kesusasteraan Melayu..
.
Di atas itu ialah sedikit cabutan dari Laporan Panel Anugerah Sastera Negara tentang Keris Mas - penulis antologi cerpen yang berjudul Patah Tumbuh ini.
.
Keris Mas adalah salah seorang Sasterawan Negara Malaysia. Nama asalnya Kamaludin bin Muhammad, dilahirkan di Kampung Ketari, daerah Bentung, Pahang; 10 Jun, 1992. Lulus Sekolah Melayu di Bentung, Sekolah Menengah Perguruan Tawalib dan Kolej Islam Kulliatul Muallimin di Sumatera Barat, Indonesia. Pelajarannya terhenti tatkala mengambil kursus Sijil Matrikulasi Universiti London tahun 1941 di Singapura pada bulan Disember 1941, kerana meletusnya Perang Jepun.
.
Keris Mas mulai menulis cerpen ketika berumur 16 tahun tatkala belajar di Sumatera. Cerpennya yang pertama di Malaya berjudul "Wasiat Orang Bangsawan" terbit di dalam majalah Suluh Malaya. Kuala Lumpur pada tahun 1946. Sebelum itu, beliau menerbitkan novelnya yang pertama berjudul "Pahlawan Rimba Malaya" pada tahun yang sama - tahun pertama tamatnya Perang Jepun. Sasterawan Negara ini masih menulis dan masih dianggap penting hingga sekarang.

2 saya bertanya..:

Edy, blog baru ka? Wah bagus bagus...Sekarang tinta pon dah lama tak berkesempatan nak baca buku...sibuk bangat.

August 23, 2008 at 6:48 PM  

ni di edit baru semula.. sayang tau blog ni..blog ni meletakkan apa sahaja bahan bacaan yang edy dah baca :) insyaAllah akan datang tinta ada masa untuk membaca kembali :)

October 3, 2008 at 11:16 PM  

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds