ADIK DATANG


ADIK DATANG

Buminya di Tanah Melayu; eranya riak empatpuluhan; kisahnya cinta dan duka manusia. Segalanya bermula dalam gelora awal Perang Duni Kedua, di mana segelintir manusia amat sederhana mula menanggung luka peribadi dan lara bangsa.

Suhaidah, janda derita mananti bayi kedua; Wagiman, bekas pejuang masih membara; Rasimah, isteri setia terus terdera; Dzulkifli, pewaris amanah membangun madrashah - mereka membauri kisah manusia dekad empatpuluhan ini dengan batin yang berdegup cemas sebelum meledak bom pertama di Malaya.

Mereka adalah himpunan manusia gamam di bawah sergahan awan perang. Secara berdikit, kalungan kisah-kisah sederhana seputar mereka menyerlahkan makna kehidupan sebuah masyarakat kecil pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai karenah.

Dengan bahasa jernih limapuluhan, imbas hasrat Malindo dan langgam barat, dalam citarasa ASAS 50, novel ini merakamkan sebuah kehidupan sebelum Perang Dunia Kedua sesetianya. Hanya sesekali sebuah karya sastera sempat serentak menggabungkan kehidupan dan kesenian.

*452 halaman

0 saya bertanya..:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds