LAMPU YANG TAK KUNJUNG PADAM




LAMPU YANG TAK KUNJUNG PADAM

LU HSUN yang dianggap sebagai Bapa Kesusasteraan Tionghua Moden dilahirkan pada 25 September 1881 di wilayah Che Kiang dan meninggal dunia pada 19 Oktober 1936 setelah menghabiskan hampir separuh daripada usianya dalam kegiatan kesusasteraan. Sewaktu berumur enam tahun beliau sudah mula bersekolah rendah dan pada 24 Mei 1898 telah melanjutkan pelajarannya ke Akademi Angkatan Laut di Nangking dan pada tahun berikutnya telah berpindah pula ke Akademi Jalan Keretapi dan Perlombongan sehingga lulus peperiksaan terakhir pada tahun 1902. Beliau kemudiannya berlepas ke Jepun untuk menuntut ilmu perubatan. Akan tetapi pengajiannya itu tergenjat separuh jalan kerana minatnya lebih tertumpu kepada bidang sastera.

Kegiatannya yang mula-mula dalam bidang sastera ialah menerbitkan majalah sastera yang diberi nama Kehidupan Baru, dan ini diikuti dengan usahanya menterjemahkan buku-buku ke bahasa Tionghua. Antara yang sempat diterbitkannya ialah dua buah buku bersiri berjudul Kumpulan Cerita-cerita Luar Negeri. Cerpennya yang pertama berjudul Catatan Harian Seorang Gila hanya dihasilkan dalam tahun 1918 dan telah disiarkan dalam majalan Pemuda Baru. Bermula dengan cerpen tersebut, beliau terus menghasilkan bukan sahaja cerpen, tetapi juga esei, kritikan, sajak dan juga terjemahan. Semua karya itu kemudiannya diantologikan dan diterbitkan. Antaranya ialah Teriakan Perang, Mundar-mandir, Cerita-cerita Baru Diceritakan Semula, Ringkasan Sejarah Cerita-cerita Tionghua dan lain-lain.

*148 halaman

0 saya bertanya..:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds