Di Atas Padang Sejarah
"Kita tenaga jati gah berjuang demi keadilan; Kita terbang sederas sinar julang panji kebenaran" - A. Samad Said.


BALADA PYANHABIB

1973: Saya bercita-cita menjadi penyair, bercita-cinta menjadi orang yang menulis puisi. Ini cita-cita di usia 15 tahun saya, cita-cita zaman saya berkongsi bergilir-gilir membaca akhbar Utusan Zaman bertulisan jawi di kedai runcit di kampung, selain berebut helaian muka surat untuk membaca komik Tarzan dan Mandrake juga Nancy.

Tanpa 'sekolah dan buku' saya memasang niat, 'puisi karya sendiri disiarkan akhbar - walau hanya sebuah - untuk kepuasan seumur hidup'. Melihat-membaca puisi-puisi yang menempel dalam ruangan cerpen dalam akhbar bertulisan jawi itu mendorong saya bercita-cita menjadi penyair.

1975: Untuk menjadi penyair dan menulis puisi tidak semestinya datang ke Kuala Lumpur, tetapi saya telah datang ke Kuala Lumpur untuk menulis puisi dan menjadi penyair, hah ha! Dan, Anak Alam telah mengajar saya bagaimana menikmati hidup yang terbentang ini dah saya menikmatinya, sungguh.

Lebih nikmat apabila sebuah puisi pendek tanpa tajuk yang saya tulis pada tahun 1975 dan menaipnya menggunakan mesin taip Olivetti milik A. Latiff Mohidin di kamar Latiff di Anak Alam pada 1976, disiarkan oleh Usman Awang (SN, Datuk) dalam Dewan Sastera pada tahun 80-an.

2012: 'Salam brother, apa khabar? Saya ada hajat besar, mohon brother bagi koleksi sajak brother, ITBM terbitkan, boleh ya brother, please ... Boleh ya!' Saya dikejutkan mesej daripada Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron, pada 26 Januari, pukul 21:21:02.

Ini adalah tahun ketiga Mohd. Khair meminta puisi-puisi saya untuk ITBM terbitkan. Saya berat hati, tetapi saya rasa terberhutang dengan beliau yang rupanya telah menjejaki saya sejak pembacaan puisi solo saya di Auditorium DBKL tahun 1989, sejak saya telahpun menerbitkan buku puisi secara indie dan ITNM (ITBM) belum lagi wujud.

'Steady ya brother, kongsilah rasa brother demi kemanusiaan, kita bagi Sinaganaga buat reka bentuk (dan tambah rezeki sikit-sikit) ... terima kasih brother atas kesudian mempertimbangkan idea ini. Ingat brother, satu manusia satu suara!' - Khair, 26 Januari 2012, pukul 21:57:55.

Selepas hampir sebulan menyelongkar semula helaian kertas sajak yang tersorok tersadai di sana sini, maka, inilah sebahagian sajak yang ditemui, dan inilah hasilnya. - Pyanhabib

* 178 halaman

PAK SAMAD DI MATA KAMI

PENYUMBANG:
A.WAHAB HAMZAH, ABDUL GHAFAR IBRAHIM, ARIFF MOHAMAD, IRWAN ABU BAKAR, KU SEMAN KU HUSSAIN, LADIN NUAWI, MARSLI N.O, MARZUKI ALI, MAWAR SHAFEI, MIOR HASHIM MANAP, MOHAMAD SALEEH RAHAMAD, MOHAMAD YUSSOP ISHAK, MOHD SHAH IBRAHIM, NAZMI YAAKUB, NISAH HAJI HARON, PUZI HADI, PYANHABIB, RAHIMIDIN ZAHARI, REBECCA ILHAM, ROZNINAH ABD. AZIB, S.M ZAKIR, SANI SUDIN, SHAMSUDIN OTHMAN, SHAROL LAIL SUJAK, SITI ZAINON ISMAIL, TAHEERA ROSHEENA MOHAMED, U-WIE HAJI SAARI, VICTOR A. POGADAEV, ZAITON AJAMAIN, ZAKARIA ARIFFIN.

* 188 Halaman


PERTEMUAN YANG INDAH
Kenangan Pertemuan dengan Tokoh-Tokoh dari Seluruh Dunia yang Tidak Dapat Dilupakan

Mengapa saya memberi tekanan kepada pentingnya dialog? kerana saya percaya bahawa kecenderungan bagi lojik dan diskusi merupakan bukti kemanusiaan seseorang itu. Dalam kata lain, hanya apabila kita terendam dalam lautan bahasa baharulah kita menjadi manusia sebenar. - Daisaku Ikeda

Penyair Diraja dan penerima Hadiah Keamanan Pertubuhan Bangsa Bersatu, Daisaku Ikeda, telah menjelajah ke lebih daripada 50 buah negara untuk mempromosikan keamanan. Sebagai presiden kepada Soka Gakkai Internasional, sebuah pertubuhan yang wujud di seluruh dunia dengan keanggotaan dalam 190 buah negara dan wilayah, beliau telah dengan aktif menggalakkan dialog dengan pemimpin-pemimpin dunia, para sarjana dan tokoh-tokoh budaya untuk membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi manusia.

Pertemuan yang indah ini merupakan sebuah himpunan esei ditulis oleh Daisaku Ikeda yang menggambarkan pemikiran peribadinya dan bayangan kepada musyawarah dan pertemuan beliau dengan rakyat jagat ini, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad, pemain bola sepak Itali, Roberto Baggio, ahli muzik jaz Amerika, Herbie Hancock, mendiang Perdana Menteri China, Zhou Enlai dan jurufoto Amerika, Cornell Capa.

Semua penduduk dunia rindukan supaya perang ditamatkan buat selamanya. Kita tidak boleh mengizinkan harapan sejagat untuk keamanan itu dihancurkan oleh nasionalisme. Kita harus bersatu merentas sempadan: bersatu dalam penolakan kita kepada idea perang itu sendiri. ... Itulah kepercayaan saya, apabila suasana saling memahami yang mesra terbina antara negara, baharulah kaedahnya boleh didapatkan untuk menyelesaikan isu-siu yang rumit yang memisahkan mereka...

Saya berharap abad baharu nanti akan menjadi sebuah zaman yang membolehkan semua orang berkongsi pengiktirafan yang lebih mendalam terhadap kemanusiaaan yang sama. - Daisaku Ikeda


* 223 Halaman



KEMBARA SASTERA NISAH HARON
UNITED KINGDOM DAN DUBLIN

"Jauh perjalanan luas pandangan"

Demikianlah kesimpulan yang dapat diberkas melalui pembacaan buku Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom dan Dublin. Penulis melalui buku ini berkongsi rasa bahagia, rasa syukur dan rasa kepuasan atas keberaniannya yang nekad untuk mengembara secara solo ke benua yang asing buatnya.

Nisah Haron menggunakan sepenuh setiap peluang dan ruang daripada pengamatannya di bumi Eropah untuk dibawa balik serta menzahirkannya dalam bentuk catatan yang boleh dimanfaatkan di tanah air. Perkara yang dititikberatkan adalah cara orang barat menghargai golongan penulis; agar dihargai dan dikenang jasa mereka sepanjang zaman walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Lantaran buku ini ditulis oleh seorang penulis kreatif, pelukisan lokasi geografinya melalui nkata-kata amat berkesan, sehingga jelas terbayang di mata bagaikan pembaca turut berada di tempat yang diceritakannya. Sesungguhnya buku ini bukan sekadar mengisi kisah kembara, tetapi lebih dari pada itu; tentang nilai persahabatan, nilai persaudaraan dan motivasi betapa perlunya pemikiran yang positif serta bersangka baik kepada Allah kerana Dialah Maha Pemberi segala yang difikirkan hamba-Nya.

"Nisah, anda sangat berani dan sangat merangsang. Suami dan lima orang anak anda juga sangat berani dan memahami. Bapak kagum!"

* 209 Halaman


LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG

Pada saat cinta, bersatu dengan dendam...

Tragedi berdarah yang mengorbankan 99 nyawa ini berlaku di Parit Raja Laut Muar Johor pada tahun 1776. Ia terletak di bawah jajahan Padang (antara Bandar Maharani dengan Parit Jawa). Dinamakan Padang kerana kawasan tersebut pernah terbakar sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. Ketika itu daerah ini diperintah oleh Orang Kaya Aris, zuriat daripada Daeng Seriuk.

Awang dan Dayang berpangkat sepupu mengikut nisab sebelah ibu. Ibu Dayang adalah kakak kepada ibu Awang. Mereka jatuh cinta lalu ditunangkan. Tetapi keluarga Dayang meminta wang belanja berjumlah $370.07 (tiga ratus tujuh puluh dan tujug duit) dan sehelai kain mastuli tenunan Bugis sebagai hantarannya. Mereka mengikat janji selama tiga tahun bagi memberi peluang kepada Awang mencari wang dan membeli kain mastuli di Makasar.

Tetapi kepulangannya tertangguh selama lima bulan, dan lembing Awang pun pulang ke Dayang.

* 333 halaman

HANG TUAH


SA-PATAH KATA

NAMA Hang Tuah dan sahabat2 karib-nya ia-itu Hang Jabat,
Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu amat-lah mashhor di
-kalangan bangsa Melayu. Kesah2 mereka berulang2 di-sebut
dan di-cheritakan dari dahulu hingga-lah sekarang ini, dari
yang berbentok cherita2 lisan, wayang2 bangsawan hingga-lah
kapada sandiwara dan filem. Bangsa Melayu tidak pernah jemu2
dengan kesah pahlawan2 mereka ini.

Dalam zaman sains ini banyak orang membahathkan so'al wujud
atau tidak-nya, menasabah atau karut-nya, dongeng atau sa-
benar-nya tokoh2 ini dan sa-bagai-nya. So'al2 sa-demikian
ini lebeh merupakan so'al2 sejarah yang amat rumit dapat di
-huraikan sa-lagi penyelidekan sejarah mengenai bangsa
Melayu dan Tanah ayer-nya belum di-buat dengan bagitu dalam,
luas dan dengan kacha-mata kebangsaan. Walau bagaimana pun,
kesah lima orang pahlawan ini semenjak beratus2 tahun sudah
memang menjadi kesah yang melambangkan kepahlawanan Melayu.
Pahlawan2 tersebut merupakan sumber ilham kapada bangsa
Melayu dalam berchita2 dan berusaha bangun dan maju kembali
di-zaman2 kemudian-nya.

Oleh itu dalam zaman kemerdekaan dan pembangunan bangsa dan
negara kita sekarang ini sesuai benar-lah kalau kita
memberikan banyak perhatian kapada Hikayat Hang Tuah ini,
tambahan pula Hikayat ini merupakan salah sa-buah karya asli
dan agong dalam kesusasteraan Melayu. Ini-lah salah satu
tujuan besar Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Hikayat
yang penting ini.

Hikayat Hang Tuah ini berdasarkan naskhah tulisan tangan
berhuruf Jawi kepunyaan al-marhum Tengku Ibrahim ibni al-
marhum Tengku Muhammad (Tengku Seri Utama Raja), sa-orang
anggota karabat di-raja Kelantan dan telah di-usahakan oleh
Enche' Kassim Ahmad, Pegawai Penyelidek Dewan ini yang
sekarang bertugas di-School of Oriental and African Studies,
London. Saya tidak dapat melupakan budi al-marhum Tengku
Ibrahim yang pada masa hayat-nya telah memberikan kerjasama-
nya yang sunggoh berharga itu. Atas usaha Enche' Kassim Ahmad
merumikan, memberikan kata pengenalan dan chatetan2 maka
saya memguchapkan sa-tinggi tahni'ah jua.

28hb. Ogos, 1963
Syed Nasir bin Ismail
Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka


ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN
PEMBEBAS BARAT DAN TIMUR
PEMBINA TEMBOK YAKJUJ & MAKJUJ

"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain.
Katakanlah,'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang
perihalnya.'Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya
kekuasaaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi
mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya."
(surah al-
Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan
dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja
agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod
sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun
mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di
dalam al-Quran masih 'misteri'. Buku Alexander adalah
Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak
Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling
kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan
musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada
sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya
beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini:
Alexander the Great di dalam Tafsiran al-Quran . Nama
Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno .
Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) .Raja-raja Dunia yang
Melawan Yakjuj & Makjuj . Oasis Monoteisime di tengah Gurun
Paganisme Yunani . Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander
. Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem .
Pengambaraan Alexander Barat dan Timur . pertemuan Alexander
dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi
Alexander membina Tembok Besi . Jawapan Kepada Tuduhan.

Penulis adalah pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia.
Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah
(PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak
menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan
hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj &
Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).


YAKJUJ & MAKJUJ
BENCANA DI SEBALIK GUNUNG

"sebuah karya berupa sebuah pengkajian yang serius mengenai
Yakjuj dan Makjuj yang menggabungkan studi tiga kitab utama
al-Quran, Taurat dan Injil dan dikupas secara tematik ilmiah.
Sekalipun isinya sarat dengan perbincangan yang berat kerana
mendalami aspek teologi dan kajian klasik tetapi saya teruja
pada pendekatan perbandingan yang digunakan oleh pengarang.
Saya percaya pembaca tidak akan rugi membeli karya ini malah
yakin mereka memperolehi maklumat baru dalam menafikan
tuduhan terhadap al-Quran sebagai kitab memplagiat kisah
lampau. Kupasan pengarang menjadi lebih menarik apabila
berupaya merungkai seluruh persoalan sampingan seperti
Zulkarnain dan dinding besi antara dua gunung seperti
pembentangan surah al-Khafi sebelum sampai kepada natijah
interpretasi Yakjuj dan Makjuj"

Prof. Dr. Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Universiti Malaya

Isu-isu misteri yang sering menjadi persoalan adalah . Apakah
spesis Yakjuj dan Makjuj itu? . Haiwan ataupun manusia? . Di
mana kediaman mereka? . Sejak bilakah kali pertama mereka
ditemui? . Negara-negara manakah yang pernah diserang oleh
Yakjuj dan Makjuj? . Benarkah mereka akan keluar lagi bagi
merosakkan dunia?

Buku ini mengupas bangsa yang terkejam dalam sejarah. Mereka
sudah wujud sejak zaman Zulqarnain lagi. Sebelum tembok
Zulqarnain dibina, bangsa ini sudah memporak perandakan
pentas dunia dengan serangan demi serangan ke atas beberapa
tamadun dunia. Nabi Muhammad meramalkan bangsa ini akan
muncul lagi pada akhir zaman.

Penulis adalah pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia.
Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah
(PhD) dalam bidang Sejarah dan peradaban. Menghasilkan buku
dan artikel seperti Armageddon antara Petaka dan Rahmat,
Armageddon 1: Perang Akhir Zaman dan Armageddon. 2: Petaka dan rahmat.


BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN
.
'membongkar kewujudan dan rahsia sebenar perjuang agung'
.
Tentu Anda Ingin Tahu
.
  • Benarkah Raja Iskandar atau Alexander The Great bukan Zulqarnain?
  • Siapakah sebenarnya individu yang sesuai digelar Zulqarnain berdasarkan ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Quran?
  • Apakah kaitan Raja Namrud, Raja Sulaiman dan Raja Bukhtanasar dengan Zulqarnain?
  • Bagaimanakah kisah sebenar tentang pembinaan tembok penghalang bagi Yakjuj dan Makjuj oleh Zulqarnain?
  • Siapakah individu yang dinamakan Raja Kurush? Apakah kaitannya dengan Zulqarnain?

Sejak sekian lama, kita mempercayai iskandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great. Namun tahukah anda, sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander The Great tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain, satu gelaran yang diberikan oleh Quran. Bahkan ada tokoh lain yang lebih sesuai dan layak disandarkan dengan gelaran itu.

.

Berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah dan para intelektual, buku ini memuatkan perbincangan lengkap disertai dengan hujah-hujah bernas bagi menjelaskan tokoh yang paling sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain.

.

Jangan lepaskan peluang bagi memahami sejarah dengan perspektif yang lebih baik.

.

*200 halaman

.

Satu pendedahan yang bagus untuk semua umat Islam bagi mengetahui perkara yang sebenar-benarnya tentang siapa itu Zulqarnain. Cuma saya rasa isinya masih kurang. Tidak puas membacanya. Apa-apa pun saya telah mengetahuinya sedikit daripada saya tidak mengetahuinya langsung! - Eddy Qibran.

HULAGU KHAN


HULAGU KHAN
KHABAR HITAM DARI TIMUR

"sungai Furat berwangi darah merah kemerahan hitam dengan darah Muslim dan dakwat kitab yang dicarik-carik"

Hulagu Khan adalah cucu kepada Genghis Khan. Adik beradik dengan Arik Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251 - 1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah. Selepas berjaya menahan wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim. Hulagu khan menumpukan menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah Al Musta'sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian cuba menakluk Mesir.

* 256 halaman


MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

"menyingkap mukjizat solat duha dalam melahirkan individu yang kaya wang, kaya iman"

Tentu Anda Ingin Tahu

  • Benarkah solat duha dapat meluaskan pintu rezeki?
  • Apakah bukti solat duha pernah menjadi wahana pembuka pintu rezeki?
  • Siapakah yang pernah berjaya dan karya dengan melakukan solat duha secara istiqamah?
  • Teknik dan panduan melaksanakan solat duha tanpa mengganggu produktiviti kerja?
Semua orang hendak menjadi kaya.
Semua orang hendak hidup senang dan bahagia.

Namun ramai yang tertipu dengan mitos kekayaan dunia. Kaya wang tetapi miskin jiwa. Kaya wang melalui jalan yang salah dan mengundang kemurkaan Allah. Apakah ada cara untuk menjadi kaya dan pada masa yang sama membina kekayaan jiwa demi kebahagian di akhirat sana? Apakah ada cara bagi membuka pintu rezeki yang berkat seluas-luasnya?

Magnet Rezeki dengan Solat Duha ada jawapannya. Ia membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim. Ia menampilkan bukti-bukti yang menjelaskan bahawasanya melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang melimpah-ruah dan diberkati.

Marilah menerokai kedahsyatan mukjizat-mukjizat ajaib yang ada di sebalik ibadat sunat ini kepada kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

* 140 halaman


SAKIT PUN O.K
HIDUP TAK SEMESTINYA 1 + 1 = 2

Nabi S.A.W. Pun Ditimpa Sakit

Buku ini adalah kisah benar yang berlaku pada diri penulis. Buku yang dilhamkan sebagai ingatan, motivasi, muhasabah diri dan inspirasi buat semua pembaca. Bahasa yang digunakan dalam pengolahan adalah gaya yang mudah, santai atau selamba, agar tidak menjemukan para pembaca.

Kalau Sentiasa Sihat Takut Jadi Firaun

Ketika sedang di hospital, penulis melihat ramai yang membaca. Baik orang yang sakit ataupun orang yang menunggu saudara-mara yang sakit. Ramai yang membaca surat khabar atau majalah dan ini mengundang penulis untuk lakarkan sebuah manuskrip yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada mereka yang merupakan pesakit, teman pesakit, orang yang sedang menunggu giliran untuk dirawat, staf hospital yang sentiasa melayan kerenah orang sakit dan untuk sesiapa jua sekalipun tidak sakit!.

Dilanggar Kontena Tidak Mati Tetapi Jatuh Motosikal Mati!

Sebuah buku yang sesuai dijadikan hadiah kepada mereka yang sedang sakit atau pembacaan santai bagi yang tidak sakit!

*126 halaman

Ahmadinejad,
Singa Baru Dunia Islam

"Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, mengapa kamu pula yang memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?"
.
  • Siapakah pemimpin negara Islam yang enggan tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat dan Eropah?
  • Siapakah pemimpin negara Islam yang dengan lantang dan berani mempertikaikan peristiwa Holocoust?
  • Siapakah pemimpin negara Islam yang berdakwah kepada kuasa besar dunia melalui surat selepas Rasulullah?
.
Selepas tragedi 11 September yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Saddam Husein di Iraq, dunia Islam seolah-olah 'tunduk dan patuh' kepada kuasa Barat. Segalanya berubah apabila Mahmoud Ahmadinejad memikul tanggungjawab sebagai Presiden keenam Repubik Islam Iran pada 3 Ogos 2005. Dalam waktu yang singkat, Ahmadinejad menjadi pemimpin Islam yang disegani di seluruh dunia.
.
Buku ini adalah hasil penyelidikan empat orang wartawan bebas yang kebetulan pernah menimba ilmu di Iran dan menguasai bahasa Parsi. Digarap dengan bahasa yang mudah dan popular, buku ini membawa pembaca mengenali singa baru dunia Islam abad ini dengan lebih dekat.
.
*126 halaman


Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan

Asy-Syahid Fauzi Ismail merupakan anak muda Melayu yang telah menoreh sejarahnya yang tersendiri walaupun dilahirkan di negara yang sarat dengan pesta hiburan dan kebejatan akhlak anak-anak muda. Menelusuri kisah perjalanan beliau memburu keredhaan Allah dan kesyahidan menyebabkan palong hati kita bergetar kesyahduan seterusnya tanpa sedar mengundang titik jernih mengalir di kedua belahan mata kita.
.
Beliau mendapat didikan asas secara formal sehingga SPM dan menekuni fikrah perjuangan Islam daripada halaqah-halaqah ilmu secara tidak formal sehingga beliau merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk mewakafkan diri beliau dalam perjuangan Islam sehingga syahid. Fauzi merasa ditusuk sembilu tajam apabila membaca berita-berita daripada kolum akhbar tentang pemmbantaian dan pembunuhan umat Islam Afghanistan, semangat beliau juga bergelora dilambung dengan huraian tentang kelebihan jihad oleh para asatizah di jalan dakwah yang beliau sertai di tanah air.
.
...lebih kurang jam sepuluh malam, komandan yang berada di pos yang berhampiran, telah melaporkan kepada petugas di pos utama. Melalui walkie talkie, dia memberitahu bahawa di pos hujung, ada orang mendapat 'umrah'. Sudah menjadi kebiasaan pada petugas di pos utama, untuk menerima berita kemalangan, sebaik sahaja terdengar bom musuh yang gugur. Mesej ini, akan dihantar pula ke kem utama di Syafiq, sebelum apa-apa tindakan diambil. Untuk kecederaan mereka mengistilahkan sebagai 'umrah' dan jika syahid mereka istilahkan sebagai 'haji'.
.
Setengah jam selepas berita itu, komandan memaklumkan bahawa terdapat seorang 'umrah' dan seorang 'haji'. Teman as-Syahid Fauzi yang berada di pos utama, mulai berdebar-debar. Dia bertanya...
.
*50 halaman


NARATIF OGONSHOTO

Novel ini memenangi tiga hadiah utama :
. Hadiah Sastera Perdana (2001)
. Sea Write Award (2002)
. Hadiah Sastera Mastera (2002)

NARATIF OGONSHOTO muncul sebagai sebuah teks sastera rakyat moden yang dapat berdiri sebagai teks pascamoden multiwacana - pascakolonial, tekstualisme baru, dan realisme magis.. kedudukannya dapat dibariskan dalam jejeran sastera antarabangsa - Mohammad Saleeh Rahamad.

NARATIF OGONSHOTO ialah teks sastera Melayu yang luar biasa - Kamaruddin M. Said.
Selain berunsur metafiksyen yang merupakan sistem teks yang berlapis-lapis untuk memahami kandungan karya dan diegisis teks, Novel Naratif Ogonshonto saya anggap sebagai pewacana ilmu politik hegemoni... Peranan Anwar bukan lagi sebagai tukang cerita konvensional, sebaliknya berfungsi sebagai pewacana - Awang Azman Awang Pawi.
Anwar Ridhwan dan Gao Xingjian (pemenang Hadiah Nobel, 2000) mempunyai persamaan wawasan..dengan karya yang lebih nyata dan lebih menyedarkan - Goh Teck.

[Foto kulit depan : 'Lelaki Misteri' - Tolahan]


SALAHUDIN PENAKLUK JERUSALEM
NOVEL SEJARAH ISLAM

"Sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan." -Lane-poole, ahli sejarah Inggeris.

"Di medan perang Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadi beliau menyuruhnya berbuka." - Ibnu Shaddad, ahli sejarah Islam.

"Tentera Salib yang ganas dan kejam itu telah mengganas di Baitul Maqdis selama seminggu. Mereka melalukan rompakan, perkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk. Apabila dihitung jumlah mayat di sekitar Masjid, dalam rumah dan di sepanjang jalan, jumlahnya tidak kurang 70,000 orang." - Ibnu Khaldun, sejarahwan Islam.
.
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia." - Panglima Perang Islam Salahudin Al Ayubi -
.
* 289 halaman

SIAPA WALI?


Menara Kudus di makan Sunan Kudus.

Gapura di Makam Sunan Giri di Gersik, Jawa Timur.
.
Masjid Agung Demak dibina sejak zaman kerajaan Islam Demak oleh Sunan Kalijaga.

Makam Sunan Gunung Jati di Gunung Jati, Cirebon.

Makam Maulana Malik Ibrahim di Gersik, Jawa Timur.
.
SIAPA WALI?

Cerita tentang karamah, orang yang dikasihi Allah sudah diketahui sejak zaman berzaman. Sebahagiannya dicatat di dalam Quran dan Hadis Rasul. Sebahagiannya hilang begitu sahaja. Buku ini disusun untuk kita mengetahui siapa para Wali dan Aulia yang mempunyai beberapa kelebihan tertentu berbanding dengan manusia biasa. Golongan Wali dan Aulia juga telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dan tamadun Islam.

. ALI BIN ABI TALIB boleh berdialog dengan penghuni kubur.
. ABDUL QADIR JAILANI, ABU SAID AL-KHARAZZ, boleh bercakap dengan mayat.

SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI pernah berkata :-
"Kami dikurniakan dengan kemudahan melihat roh Rasulullah s.a.w dengan mata kepala dalam keadaan jaga"

* 165 halaman

PENENANG JIWA


PENENANG JIWA
PENGUBATAN & RAWATAN
.
Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah dan rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan yang lengkap.
.
Oleh itu , hendakanlah memperbanyakan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata keranaNya.
.
Ia Maha Mengetahui akan rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milikNya jua. Berserahlah kepadanya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
.
* 438 halaman.

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds