
MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA
"menyingkap mukjizat solat duha dalam melahirkan individu yang kaya wang, kaya iman"
Tentu Anda Ingin Tahu
- Benarkah solat duha dapat meluaskan pintu rezeki?
- Apakah bukti solat duha pernah menjadi wahana pembuka pintu rezeki?
- Siapakah yang pernah berjaya dan karya dengan melakukan solat duha secara istiqamah?
- Teknik dan panduan melaksanakan solat duha tanpa mengganggu produktiviti kerja?
Semua orang hendak menjadi kaya.
Semua orang hendak hidup senang dan bahagia.
Semua orang hendak hidup senang dan bahagia.
Namun ramai yang tertipu dengan mitos kekayaan dunia. Kaya wang tetapi miskin jiwa. Kaya wang melalui jalan yang salah dan mengundang kemurkaan Allah. Apakah ada cara untuk menjadi kaya dan pada masa yang sama membina kekayaan jiwa demi kebahagian di akhirat sana? Apakah ada cara bagi membuka pintu rezeki yang berkat seluas-luasnya?
Magnet Rezeki dengan Solat Duha ada jawapannya. Ia membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim. Ia menampilkan bukti-bukti yang menjelaskan bahawasanya melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang melimpah-ruah dan diberkati.
Marilah menerokai kedahsyatan mukjizat-mukjizat ajaib yang ada di sebalik ibadat sunat ini kepada kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
* 140 halaman

SAKIT PUN O.K
HIDUP TAK SEMESTINYA 1 + 1 = 2
Nabi S.A.W. Pun Ditimpa Sakit
Buku ini adalah kisah benar yang berlaku pada diri penulis. Buku yang dilhamkan sebagai ingatan, motivasi, muhasabah diri dan inspirasi buat semua pembaca. Bahasa yang digunakan dalam pengolahan adalah gaya yang mudah, santai atau selamba, agar tidak menjemukan para pembaca.
Kalau Sentiasa Sihat Takut Jadi Firaun
Ketika sedang di hospital, penulis melihat ramai yang membaca. Baik orang yang sakit ataupun orang yang menunggu saudara-mara yang sakit. Ramai yang membaca surat khabar atau majalah dan ini mengundang penulis untuk lakarkan sebuah manuskrip yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada mereka yang merupakan pesakit, teman pesakit, orang yang sedang menunggu giliran untuk dirawat, staf hospital yang sentiasa melayan kerenah orang sakit dan untuk sesiapa jua sekalipun tidak sakit!.
Dilanggar Kontena Tidak Mati Tetapi Jatuh Motosikal Mati!
*126 halaman
Kalau Sentiasa Sihat Takut Jadi Firaun
Ketika sedang di hospital, penulis melihat ramai yang membaca. Baik orang yang sakit ataupun orang yang menunggu saudara-mara yang sakit. Ramai yang membaca surat khabar atau majalah dan ini mengundang penulis untuk lakarkan sebuah manuskrip yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada mereka yang merupakan pesakit, teman pesakit, orang yang sedang menunggu giliran untuk dirawat, staf hospital yang sentiasa melayan kerenah orang sakit dan untuk sesiapa jua sekalipun tidak sakit!.
Dilanggar Kontena Tidak Mati Tetapi Jatuh Motosikal Mati!
Sebuah buku yang sesuai dijadikan hadiah kepada mereka yang sedang sakit atau pembacaan santai bagi yang tidak sakit!
*126 halaman
Ahmadinejad,
Singa Baru Dunia Islam
"Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, mengapa kamu pula yang memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?"
.
- Siapakah pemimpin negara Islam yang enggan tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat dan Eropah?
- Siapakah pemimpin negara Islam yang dengan lantang dan berani mempertikaikan peristiwa Holocoust?
- Siapakah pemimpin negara Islam yang berdakwah kepada kuasa besar dunia melalui surat selepas Rasulullah?
.
Selepas tragedi 11 September yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Saddam Husein di Iraq, dunia Islam seolah-olah 'tunduk dan patuh' kepada kuasa Barat. Segalanya berubah apabila Mahmoud Ahmadinejad memikul tanggungjawab sebagai Presiden keenam Repubik Islam Iran pada 3 Ogos 2005. Dalam waktu yang singkat, Ahmadinejad menjadi pemimpin Islam yang disegani di seluruh dunia.
.
Buku ini adalah hasil penyelidikan empat orang wartawan bebas yang kebetulan pernah menimba ilmu di Iran dan menguasai bahasa Parsi. Digarap dengan bahasa yang mudah dan popular, buku ini membawa pembaca mengenali singa baru dunia Islam abad ini dengan lebih dekat.
.
*126 halaman

Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan
Asy-Syahid Fauzi Ismail merupakan anak muda Melayu yang telah menoreh sejarahnya yang tersendiri walaupun dilahirkan di negara yang sarat dengan pesta hiburan dan kebejatan akhlak anak-anak muda. Menelusuri kisah perjalanan beliau memburu keredhaan Allah dan kesyahidan menyebabkan palong hati kita bergetar kesyahduan seterusnya tanpa sedar mengundang titik jernih mengalir di kedua belahan mata kita.
.
Beliau mendapat didikan asas secara formal sehingga SPM dan menekuni fikrah perjuangan Islam daripada halaqah-halaqah ilmu secara tidak formal sehingga beliau merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk mewakafkan diri beliau dalam perjuangan Islam sehingga syahid. Fauzi merasa ditusuk sembilu tajam apabila membaca berita-berita daripada kolum akhbar tentang pemmbantaian dan pembunuhan umat Islam Afghanistan, semangat beliau juga bergelora dilambung dengan huraian tentang kelebihan jihad oleh para asatizah di jalan dakwah yang beliau sertai di tanah air.
.
...lebih kurang jam sepuluh malam, komandan yang berada di pos yang berhampiran, telah melaporkan kepada petugas di pos utama. Melalui walkie talkie, dia memberitahu bahawa di pos hujung, ada orang mendapat 'umrah'. Sudah menjadi kebiasaan pada petugas di pos utama, untuk menerima berita kemalangan, sebaik sahaja terdengar bom musuh yang gugur. Mesej ini, akan dihantar pula ke kem utama di Syafiq, sebelum apa-apa tindakan diambil. Untuk kecederaan mereka mengistilahkan sebagai 'umrah' dan jika syahid mereka istilahkan sebagai 'haji'.
.
Setengah jam selepas berita itu, komandan memaklumkan bahawa terdapat seorang 'umrah' dan seorang 'haji'. Teman as-Syahid Fauzi yang berada di pos utama, mulai berdebar-debar. Dia bertanya...
.
*50 halaman
NARATIF OGONSHOTO
Novel ini memenangi tiga hadiah utama :
. Hadiah Sastera Perdana (2001)
. Hadiah Sastera Perdana (2001)
. Sea Write Award (2002)
. Hadiah Sastera Mastera (2002)
NARATIF OGONSHOTO muncul sebagai sebuah teks sastera rakyat moden yang dapat berdiri sebagai teks pascamoden multiwacana - pascakolonial, tekstualisme baru, dan realisme magis.. kedudukannya dapat dibariskan dalam jejeran sastera antarabangsa - Mohammad Saleeh Rahamad.
NARATIF OGONSHOTO ialah teks sastera Melayu yang luar biasa - Kamaruddin M. Said.
Selain berunsur metafiksyen yang merupakan sistem teks yang berlapis-lapis untuk memahami kandungan karya dan diegisis teks, Novel Naratif Ogonshonto saya anggap sebagai pewacana ilmu politik hegemoni... Peranan Anwar bukan lagi sebagai tukang cerita konvensional, sebaliknya berfungsi sebagai pewacana - Awang Azman Awang Pawi.
Anwar Ridhwan dan Gao Xingjian (pemenang Hadiah Nobel, 2000) mempunyai persamaan wawasan..dengan karya yang lebih nyata dan lebih menyedarkan - Goh Teck.
[Foto kulit depan : 'Lelaki Misteri' - Tolahan]
SALAHUDIN PENAKLUK JERUSALEM
NOVEL SEJARAH ISLAM
NOVEL SEJARAH ISLAM
"Sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan." -Lane-poole, ahli sejarah Inggeris.
"Di medan perang Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadi beliau menyuruhnya berbuka." - Ibnu Shaddad, ahli sejarah Islam.
"Tentera Salib yang ganas dan kejam itu telah mengganas di Baitul Maqdis selama seminggu. Mereka melalukan rompakan, perkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk. Apabila dihitung jumlah mayat di sekitar Masjid, dalam rumah dan di sepanjang jalan, jumlahnya tidak kurang 70,000 orang." - Ibnu Khaldun, sejarahwan Islam.
.
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia." - Panglima Perang Islam Salahudin Al Ayubi -
.
* 289 halaman
.
Masjid Agung Demak dibina sejak zaman kerajaan Islam Demak oleh Sunan Kalijaga.
Makam Sunan Gunung Jati di Gunung Jati, Cirebon.
Makam Maulana Malik Ibrahim di Gersik, Jawa Timur.
.
SIAPA WALI?
Cerita tentang karamah, orang yang dikasihi Allah sudah diketahui sejak zaman berzaman. Sebahagiannya dicatat di dalam Quran dan Hadis Rasul. Sebahagiannya hilang begitu sahaja. Buku ini disusun untuk kita mengetahui siapa para Wali dan Aulia yang mempunyai beberapa kelebihan tertentu berbanding dengan manusia biasa. Golongan Wali dan Aulia juga telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dan tamadun Islam.
. ALI BIN ABI TALIB boleh berdialog dengan penghuni kubur.
. ABDUL QADIR JAILANI, ABU SAID AL-KHARAZZ, boleh bercakap dengan mayat.
SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI pernah berkata :-
"Kami dikurniakan dengan kemudahan melihat roh Rasulullah s.a.w dengan mata kepala dalam keadaan jaga"
* 165 halaman
Cerita tentang karamah, orang yang dikasihi Allah sudah diketahui sejak zaman berzaman. Sebahagiannya dicatat di dalam Quran dan Hadis Rasul. Sebahagiannya hilang begitu sahaja. Buku ini disusun untuk kita mengetahui siapa para Wali dan Aulia yang mempunyai beberapa kelebihan tertentu berbanding dengan manusia biasa. Golongan Wali dan Aulia juga telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dan tamadun Islam.
. ALI BIN ABI TALIB boleh berdialog dengan penghuni kubur.
. ABDUL QADIR JAILANI, ABU SAID AL-KHARAZZ, boleh bercakap dengan mayat.
SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI pernah berkata :-
"Kami dikurniakan dengan kemudahan melihat roh Rasulullah s.a.w dengan mata kepala dalam keadaan jaga"
* 165 halaman
PENENANG JIWA
PENGUBATAN & RAWATAN
.
Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah dan rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan yang lengkap.
.
Oleh itu , hendakanlah memperbanyakan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata keranaNya.
.
Ia Maha Mengetahui akan rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milikNya jua. Berserahlah kepadanya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
.
* 438 halaman.
MUTIARA KATA
IMAM HASAN AL-BANNA
.
MUTIARA KATA IMAM HASAN AL-BANNA merupakan koleksi kata-kata hikmat serta nasihat oleh imam Hasan al-Banna. Buku ini sangat bermanfaat terutamanya buat pendakwah, badan-badan yang terlibat dengan hal ehwal perkembangan Islam serta tatapan umum. Sekiranya diamati kata-kata beliau, kita akan dapati betapa murni, tabah dan telusnya hati beliau untuk menegakkan Islam di atas mukabumi ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dari musuh-musuh Islam dan pehak pemerintah.
.
Kecekalan ketabahan dan kesabaran beliau dalam memikul dan meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w diterjemah menerusi kata-kata hikmah ini untuk dijadikan panduan dan pedoman bagi jemaah-jemaah Islam, para pendakwah serta setiap muslim bagi memastikan Islam terus bersinar ke seluruh alam. Penindasan oleh golongan bukan Islam terhadap Islam, pembunuhan sesama Islam, perselisihan fahaman serta keruntuhan moral di kalangan penduduk Islam perlu dihentikan.
.
Semoga buku ini dapat membantu untuk mencapai hasrat murni tersebut..kepada seluruh umat Islam, renungilah..hayatilah.."Mutiara Kata" ini, insyaAllah...kejayaan akan menyusul.
.
ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & Peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.
.
* 115 alaman
AHLUL BAIT RASULULLAH SAW,
DINASTI MELAYU DAN AKHIR ZAMAN.
DINASTI MELAYU DAN AKHIR ZAMAN.
Judul 'Ahlul-Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu dan Akhir Zaman' cuba menegahkan perspektif masa dan tempat dalam kaitanya dengan peristiwa akhir zaman. Apakah peranan penting yang bakal dimainkan oleh cucu-cicit Rasulullah SAW di masa itu? Hakikatnya, Alam Nusantara 'redup' dengan kehadiran ramai ahlul-bait baginda yang telah lebur dalam jatidiri Bangsa Melayu. Apakah tersembunyi sesuatu yang tersirat di sebalik hakikat ini? Apakah ianya berupa berita baik kepada Bangsa Melayu?.
Selain itu apabila dikatakan di akhir zaman nanti, umat islam akan berdepan dengan musuh-musuh agama melalui pedang, kuda dan nusrah atau bantuan Allh SWT semata, persoalannya apakah teknologi masih lagi memainkan peranan?.
Buku ini cuba menilai realiti kemajuan teknologi masakini yang hakikatnya lebih banyak membawa kemudaratan kepada umat ilsam sejagat amnya, dan umat islam khususnya, serta menketengahkan analisa sains mengenai kemungkinan 'nasib' yang bakal menimpa teknologi dan tamaddun akhir zaman ini.
Buku ini diharapkan dapat menjadi pembawa khabar gembira kepada saudara seagama yang amat keliru dan pesimistik dengan situasi ummah yang gawat hari ini. Bagi mereka yang terlalu optimis pula diharapkan dapat menilai realiti zaman yang bakal merempuh manusia sejagat, samada kita bersedia mahupun tidak.
'Semoga dalam menghadapi peralihan paraqdigma yang besar yang bakal merempuh dunia di era mendatang ini, kita tetap dapat menggapai keredhaan Allah SWT dan tetap menang di sisiNya'.
Ameen..
* 193 halaman
LAW OF ATTRACTION (HUKUM TARIKAN)
.
"Saya menarik ke dalam hidup saya apa sahaja perkara yang saya berikan sepenuh perhatian, tenaga dan fokus, sama ada positif ataupun negatif."
.
Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi ia adalah daya kuasa yang wujud dalam kehidupan kita. Ia dipanggil Hukum Tarikan dansekarang ia menarik perhatian manusia, pekerjaan, situasi dan hubungan yang ideal kepada anda.
.
HUKUM TARIKAN mendedahkan program 3 langkah yang menarik, lengkap dengan tip, kaedah, latihan, dan skrip, serta menunjukkan kepada anda bagaimana anda dapat mempraktikkan latihan-latihan yang terbukti ini dalam hidup dengan segera. Pelajari bagaimana:
.
. Menarik pasangan ideal anda.
. Menambah kekayaan dan kemakmuran anda(Ia bukan semata-mata mengenai wang).
. Mendapatkan lebih banyak pelanggan dan rujukan ke dalam dunia bisnes anda.
. Menemui kerjaya ideal anda yang sebenar.
.
Pelajari bagaimana cara menggunakan ia dengan sepenuhnya dan berkesan kepada anda. Realisasikan impian anda dengan Hukum Tarikan.
.
MICHAEL J. LOSIER adalah jurulatih dan pengamal NLP (Neuro Linguistic Programming). Sejak 1995, beliau mengajar Hukum Tarikan melalui buku-bukunya, audio, seminar dan persidangan telekonferens kepada beribu-ribu orang di seluruh dunia. Michael menetap di Victoria BC, Canada. Anda boleh layari laman web rasmi http://www.lawofattractionbook.com/.
.
"Mesej yang disampaikan oleh Michael Losier bakal mengubah cara anda melihat diri sendiri dan orang lain. Saya dapati buku Law of Attraction ini sangat memberi inspirasi dan menenangkan."
.
Ethelle G. Lord, M.Ed., CCG
Teamwork Development Associates.
.
"Michael Losier memiliki kebolehan bagi menyerap pelbagai prinsip yang abstrak dan menghasilkan keputusan yang benar-benar berkesan. Buku ini sangat mudah dibaca, diterapkan dan yang paling penting ia berkesan!"
.
Mary Marcdante, Penceramah,
Penulis My Mother, My Friend
.
"Jika anda benar-benar ingin memahami kehidupan yang anda lalui dan ingin mengubahnya menjadi apa yang anda inginkan, maka inilah buku yang anda cari. Ia ditulis dalam bahasa yang mudah difahami."
.
Mark Foster, Wigan UK
.
"Saya sudah membaca pelbagai buku Law of Attraction yang lain, namun bagaikan ada sesuatu yang hilang. Tetapi Losier melengkapkannya melalui Lembaran Kerja Jelas Menerusi Kontras dan Kenyataan Impian."
.
Janet Boyer, New Age Editor
.
*175 Halaman
WARKAH EROPAH
A. SAMAD SAID
Suatu pengembaraan intelektual... Diari, surat, catatan dan lakaran tentang pemikir, sarjana, sasterawan dan orang banyak...Juga suara rasa perantau yang rindu, resah, luka dan cemas...
*235 halaman/ kulit keras
ANWAR IBRAHIM
YA ATAU TIDAK?
.
Pergeseran politik antara Mahathir dengan Anwar tidak dapat lagi dibendung. Anwar tidak sabar-sabar hendak menjadi Perdana Menteri walaupun kemampuannya dipertikaikan. Media asing alias Barat menjulang Anwar, mengecam Mahathir. UMNO tersepit antara kedua pemimpin itu.
.
Kini kepimpinan Anwar tergugat kerana perbuatannya sendiri. Warkah kepada PM menggemparkan masyarakat. Buku 50 Dalil mendedahkan hubungan sulit Anwar dengan isteri pegawainya dan terbongkar pula kisah hubungan homoseksual yang mengerunkan. Mungkinkah skandal seks ini akan menggerhanakan politik Anwar? Mungkinkah Anwar diheret ke mahkamah? Mengapakah Anwar tidak berani menyaman keluarga Pak Ali dan Azizan? Benarkah Anwar seorang pejuang Islam? Boleh dia menjadi PM kelak?
.
Segala rahsia di sebalik rahsia dalam percaturan politik Mahathir dan Anwar didedahkan dalam buku yang kontroversial ini. Anda akan terkejut dengan pendedahan dan kecurangan yang tidak pernah berlaku dalam kepimpinan UMNO sebelum ini - skandal seks yang luar biasa yang akan menjejaskan kepimpinan Melayu, Islam dan UMNO sendiri.
.
*164 halaman
Pergeseran politik antara Mahathir dengan Anwar tidak dapat lagi dibendung. Anwar tidak sabar-sabar hendak menjadi Perdana Menteri walaupun kemampuannya dipertikaikan. Media asing alias Barat menjulang Anwar, mengecam Mahathir. UMNO tersepit antara kedua pemimpin itu.
.
Kini kepimpinan Anwar tergugat kerana perbuatannya sendiri. Warkah kepada PM menggemparkan masyarakat. Buku 50 Dalil mendedahkan hubungan sulit Anwar dengan isteri pegawainya dan terbongkar pula kisah hubungan homoseksual yang mengerunkan. Mungkinkah skandal seks ini akan menggerhanakan politik Anwar? Mungkinkah Anwar diheret ke mahkamah? Mengapakah Anwar tidak berani menyaman keluarga Pak Ali dan Azizan? Benarkah Anwar seorang pejuang Islam? Boleh dia menjadi PM kelak?
.
Segala rahsia di sebalik rahsia dalam percaturan politik Mahathir dan Anwar didedahkan dalam buku yang kontroversial ini. Anda akan terkejut dengan pendedahan dan kecurangan yang tidak pernah berlaku dalam kepimpinan UMNO sebelum ini - skandal seks yang luar biasa yang akan menjejaskan kepimpinan Melayu, Islam dan UMNO sendiri.
.
*164 halaman
HADHARAH ISLAMIYYAH
BUKAN ISLAM HADARI
Yang jelas, Islam Hadhari adalah di antara perkara yang boleh dimasukkan ke dalam perbuatan bidaah dan boleh menyesatkan. Ini disebabkan ia boleh dikira mewujudkan Islam dalam bentuk baru dengan hanya menggunakan perkataan Islam, dan beramal dengan sebahagian ajaran Islam, dan mengingkari sebahagian yang lain. Dalam masa yang sama Islam Hadhari dicemari dengan perkara-perkara yang menyanggah ajaran Islam dalam mengendalikan urusan politik dan pentadbiran, seperti politik wang, rasuah, menyalahgunakan kuasa, menentang hukum Allah secara berterangan dan lain-lain. Dalam urusan ekonomi pula mereka masih meneruskan muamalah riba, mengeluarkan lesen bagi kegiatan maksiat, amalan monopoli oleh golongan tertentu dan lain-lain. Manakala aspek hiburan pula mereka lakukan apa sahaja dengan mrentasi batas-batas agama.
"Keunggulan Islam dan keagungan tamadunya tiada tolok bandingan. Justeru buku ini memperjelaskan fikrah sebenar dan menyanggah kekeliruan Islam Hadhari. Patut menjadi tatapan dan renungan, bukan sahaja bijak pandai Islam, malah orang-orang yang cintakan kepada kebenaran" - Dato' Dr. Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS)
"Satu penjelasan yang mantap untuk menidakkan kecelaruan fahaman Islam yang terpesong ciptaan Umno" - Dato' Ishak Baharom (Mantan Mufti Selangor)
*206 halaman
JIWA KACAU
"Sesetengah pengendali weblog di negara ini, seperti Tok Rimau, tidak lagi membataskan penulisan mereka kepada catatan kehidupan peribadi, malah meluaskannya sebagai komentar sosial." Weblog Pesaing Terbaru Media Tradisional. Ruang Siber. Majalah Jelita. mel 2002. Muka 124.
*192 halaman
CERITA SERTA DOA DARI HADITH & AL-QURAN
Buku terbaru terbitan kami ialah "CERITA & DOA dari Hadis dan Al-Quran" ia banyak memfokuskan kepada peranan kita sebagai insan yang beragama Islam, yang mempercayai kewujudan Ilahi, serta beriman dengan hari-hari akhirat dan pada saat itu nanti semua manusia akan diperiksa, diteliti serta diadili oleh Allah s.w.t berdasarkan pada amalan perbuatan yang telah dilakukan semasa di dunia.
Kami yakin buku ini akan menjadi panduan hidup kita untuk bekalan ke hari akhirat yakni ke Padang Mahsyar.
Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang baca.
Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah.
Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah.
Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu.
Umat Islam mesti merenung bukan termenung.
Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti.
Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli.
Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti.
Umat Islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki.
Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik.
Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan.
Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat.
Umat Islam hanya berpandukan Al-Quran, Hadis, Qias, Ijtima' dan Ijtihad, kelak kita terselamat dunia dan akhirat.
*125 halaman
Subscribe to:
Posts (Atom)








