AHLUL BAIT


AHLUL BAIT RASULULLAH SAW,
DINASTI MELAYU DAN AKHIR ZAMAN.

Judul 'Ahlul-Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu dan Akhir Zaman' cuba menegahkan perspektif masa dan tempat dalam kaitanya dengan peristiwa akhir zaman. Apakah peranan penting yang bakal dimainkan oleh cucu-cicit Rasulullah SAW di masa itu? Hakikatnya, Alam Nusantara 'redup' dengan kehadiran ramai ahlul-bait baginda yang telah lebur dalam jatidiri Bangsa Melayu. Apakah tersembunyi sesuatu yang tersirat di sebalik hakikat ini? Apakah ianya berupa berita baik kepada Bangsa Melayu?.

Selain itu apabila dikatakan di akhir zaman nanti, umat islam akan berdepan dengan musuh-musuh agama melalui pedang, kuda dan nusrah atau bantuan Allh SWT semata, persoalannya apakah teknologi masih lagi memainkan peranan?.

Buku ini cuba menilai realiti kemajuan teknologi masakini yang hakikatnya lebih banyak membawa kemudaratan kepada umat ilsam sejagat amnya, dan umat islam khususnya, serta menketengahkan analisa sains mengenai kemungkinan 'nasib' yang bakal menimpa teknologi dan tamaddun akhir zaman ini.

Buku ini diharapkan dapat menjadi pembawa khabar gembira kepada saudara seagama yang amat keliru dan pesimistik dengan situasi ummah yang gawat hari ini. Bagi mereka yang terlalu optimis pula diharapkan dapat menilai realiti zaman yang bakal merempuh manusia sejagat, samada kita bersedia mahupun tidak.

'Semoga dalam menghadapi peralihan paraqdigma yang besar yang bakal merempuh dunia di era mendatang ini, kita tetap dapat menggapai keredhaan Allah SWT dan tetap menang di sisiNya'.

Ameen..

* 193 halaman

0 saya bertanya..:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds