MUTIARA KATA
IMAM HASAN AL-BANNA
.
MUTIARA KATA IMAM HASAN AL-BANNA merupakan koleksi kata-kata hikmat serta nasihat oleh imam Hasan al-Banna. Buku ini sangat bermanfaat terutamanya buat pendakwah, badan-badan yang terlibat dengan hal ehwal perkembangan Islam serta tatapan umum. Sekiranya diamati kata-kata beliau, kita akan dapati betapa murni, tabah dan telusnya hati beliau untuk menegakkan Islam di atas mukabumi ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dari musuh-musuh Islam dan pehak pemerintah.
.
Kecekalan ketabahan dan kesabaran beliau dalam memikul dan meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w diterjemah menerusi kata-kata hikmah ini untuk dijadikan panduan dan pedoman bagi jemaah-jemaah Islam, para pendakwah serta setiap muslim bagi memastikan Islam terus bersinar ke seluruh alam. Penindasan oleh golongan bukan Islam terhadap Islam, pembunuhan sesama Islam, perselisihan fahaman serta keruntuhan moral di kalangan penduduk Islam perlu dihentikan.
.
Semoga buku ini dapat membantu untuk mencapai hasrat murni tersebut..kepada seluruh umat Islam, renungilah..hayatilah.."Mutiara Kata" ini, insyaAllah...kejayaan akan menyusul.
.
ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & Peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.
.
* 115 alaman

0 saya bertanya..:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds