SEJARAH KEKERAMATAN 99 WALI ALLAH S.W.T.

"Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa Wali atau kekasihnya tidak pernah merasa takut dan bersedih hati. Mereka itulah orang-orang yang beriman dan bertakwa." (Mafhum Surah Yunus : 62-63)

Tiada seorang pun dari kaum Muslimin yang mengingkari kebenaran firman Allah s.w.t di atas. Bahkan Imam al-Haramain, salah seorang tokoh ulama terkemuka dari mashab Syafi'i berpendapat bahawa sesiapa yang mengingkari kewujudan Wali dan adanya keramat-keramnat yang dimiliki mereka, maka ia sama dengan mengingkari mukjizat dan wujudnya para Rasul.

Imam Ibnu Taymiah pula sangat jeli dan teliti dalam membezakan antara Wali-Wali Allah s.w.t. dan Wali-Wali Syaitan. Lebih lanjut beliau berpandangan bahawa puncak kekeramatan pada seorang WAli Allah adalah terletak pada sejauhmana istiqamah Wali tersebut di dalam menjalankan ketaatan kepada Allah s.w.t. Bagi beliau, berbagai kejadian luar biasa yang lazim berlaku pada diri seseorang bukan jaminan bagi dirinya bahawa ia adalahg seorang Wali Allah s.w.t.

Pendapat tersebut serupa dengan apa yang pernah diucapkan oleh tokoh Sufi terkenal Abu Yazid al-Bustami kepada murid-muridnya: "Jika kamu seseorang yang memiliki beriubu-ribu keramat sehingga ia mampu terbang di udara atau berjalan di atas air, maka jangan sekali-kali engkau tertipu dan terpedaya olehnya sehinggalah kamu mempastikan sejauhmana ia menjalankan hukum-hukum syariat."

Buku ini menghuraikan berbagai jenis keramat yang lazim ke atas diri seorang Wali Allah s.w.t. Pembaca akan sangat seronok ketika menjumpai peristiwa-peristiwa ajaib dan luar biasa yang berlaku ke atas Wali-Wali yang telah dikenal dalam sejarah. Pada setiap akhir cerita dihuraikan beberapa iktibar dan pengajaran sehingga diharapkan dapat menambah pemahaman pembaca dengan pemikiran yang benar. Penterjemah juga melengkapkan buku ini dengan huraian secara panjang lebar tentang hal-ehwal keramat, mukjizat, istidraj dan cara-cara mengenalpasti Wali Palsu serta mengemukakan dalil-dalil yang bernas dari al-Quran, al-Hadis dan Athar Sahabat.

*776 halaman

1 saya bertanya..:

gimana caranya beli bukunya ya mas?? plese,,

September 16, 2015 at 5:23 AM  

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds