"Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh"


"wajah seorang anak muda polis - sederhana dan tenang menghitung dari depan yang tak pasti... Beliaulah Sasterawan Negara Usman Awang-

SEORANG PEYAIR SEBUAH BENUA RUSUH

USMAN AWANG dapat dianggap sebagai sebuah biografi yang paling lengkap, yang menggalur air kehidupan Usman, dari Tajung Lembu/Kuala Sedili hinggalah ke Mersing, Muar dan Segamat. Melaka dan Singapura pula mematangkannya dan membentangkan bakat multibidangnya. Barang kreativitinya diusut pada pengalaman dan puisi-puisinya. Puluhan gambar lama dan baru mengakar kita pada kenyataan hidup penyair ini. Sesungguhnya, dengan mata yang sangat tajam dan kehadirannya yang selalu 'terlibat', Usman telah membawa pembacanya melalui tiga zaman - sebelum perang, selepas perang dan selepas merdeka. Tahun-tahun 1960-an hingga 1990-an, Usman menjadi pemimpin dan contoh, teman dan penggerak drama, puisi, dan majalah sastera di Malaysia. Dunia penuh Usman yang dilukiskan dalam biografi ini disajikan kepada peminat, pengkaji, pelajar, dan semua yang ingin melihat makna sasterawan ini dan sastera di Malaysia.

Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, seorang teman, kritikan kawan puisi, dan juga seorang penyair, mengenali Usman sejak tahun 1968. Beliau sering berkongsi pentas dan ruang sastera dengan Usman. Untuk menyiapkan biografi ini, Muhammad telah mewawancara Usman - tidak kurang daripada 20 kali - untk mengutip buah ingatannya. Muhammad juga menggeledah sumber daripada anak Usman, sepupunya, ibu saudaranya, teman-temannya, pustakawan, dan tentu sahaja buku, makalah, majalah, juga ratusan foto lama, turut menjadi sumber primer Muhammad dalam menghasilkan biografi yang cukup bermakna ini.

*310 halaman

0 saya bertanya..:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds