Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan

Asy-Syahid Fauzi Ismail merupakan anak muda Melayu yang telah menoreh sejarahnya yang tersendiri walaupun dilahirkan di negara yang sarat dengan pesta hiburan dan kebejatan akhlak anak-anak muda. Menelusuri kisah perjalanan beliau memburu keredhaan Allah dan kesyahidan menyebabkan palong hati kita bergetar kesyahduan seterusnya tanpa sedar mengundang titik jernih mengalir di kedua belahan mata kita.
.
Beliau mendapat didikan asas secara formal sehingga SPM dan menekuni fikrah perjuangan Islam daripada halaqah-halaqah ilmu secara tidak formal sehingga beliau merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk mewakafkan diri beliau dalam perjuangan Islam sehingga syahid. Fauzi merasa ditusuk sembilu tajam apabila membaca berita-berita daripada kolum akhbar tentang pemmbantaian dan pembunuhan umat Islam Afghanistan, semangat beliau juga bergelora dilambung dengan huraian tentang kelebihan jihad oleh para asatizah di jalan dakwah yang beliau sertai di tanah air.
.
...lebih kurang jam sepuluh malam, komandan yang berada di pos yang berhampiran, telah melaporkan kepada petugas di pos utama. Melalui walkie talkie, dia memberitahu bahawa di pos hujung, ada orang mendapat 'umrah'. Sudah menjadi kebiasaan pada petugas di pos utama, untuk menerima berita kemalangan, sebaik sahaja terdengar bom musuh yang gugur. Mesej ini, akan dihantar pula ke kem utama di Syafiq, sebelum apa-apa tindakan diambil. Untuk kecederaan mereka mengistilahkan sebagai 'umrah' dan jika syahid mereka istilahkan sebagai 'haji'.
.
Setengah jam selepas berita itu, komandan memaklumkan bahawa terdapat seorang 'umrah' dan seorang 'haji'. Teman as-Syahid Fauzi yang berada di pos utama, mulai berdebar-debar. Dia bertanya...
.
*50 halaman

2 saya bertanya..:

salam...mana nk dapat buku ni??? xjumpa pn kat kedai buku...tlg bgtau saya cmna saya nk dptkan buku tu..ibnumohd84.blogspot.com

August 1, 2009 at 11:18 PM  

salam.. oh buku tu masa tu saya beli secara online di https://www.nufairshop.com/
tapi sekarang web tu yak boleh bukak pula. kenapa ntah agaknya..

August 3, 2009 at 8:26 AM  

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds