NARATIF OGONSHOTO


NARATIF OGONSHOTO

Novel ini memenangi tiga hadiah utama :
. Hadiah Sastera Perdana (2001)
. Sea Write Award (2002)
. Hadiah Sastera Mastera (2002)

NARATIF OGONSHOTO muncul sebagai sebuah teks sastera rakyat moden yang dapat berdiri sebagai teks pascamoden multiwacana - pascakolonial, tekstualisme baru, dan realisme magis.. kedudukannya dapat dibariskan dalam jejeran sastera antarabangsa - Mohammad Saleeh Rahamad.

NARATIF OGONSHOTO ialah teks sastera Melayu yang luar biasa - Kamaruddin M. Said.
Selain berunsur metafiksyen yang merupakan sistem teks yang berlapis-lapis untuk memahami kandungan karya dan diegisis teks, Novel Naratif Ogonshonto saya anggap sebagai pewacana ilmu politik hegemoni... Peranan Anwar bukan lagi sebagai tukang cerita konvensional, sebaliknya berfungsi sebagai pewacana - Awang Azman Awang Pawi.
Anwar Ridhwan dan Gao Xingjian (pemenang Hadiah Nobel, 2000) mempunyai persamaan wawasan..dengan karya yang lebih nyata dan lebih menyedarkan - Goh Teck.

[Foto kulit depan : 'Lelaki Misteri' - Tolahan]

8 saya bertanya..:

akan sebaris dengan salina, ranjau sepanjang jalan, dan trilogi pak arena.

May 2, 2009 at 6:03 PM  

menunggu wang untuk 'bisik warna' ;)

May 11, 2009 at 10:40 AM  

hoping to read these also

May 26, 2009 at 9:00 AM  

salam..memang suka membaca ye...banyakla ilmu

July 13, 2009 at 3:32 AM  

salam..
begitulah nampaknya :)
minat ambil gambar ya? ajar saya boleh?

July 17, 2009 at 1:06 AM  

assalamualaikum...
nk tanya pasal penulis buku ini. apa ye biodata sebenar anwar ridhwan??

July 24, 2009 at 11:12 PM  

Dato’ Dr Anwar Ridhwan dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Selangor DE. Beliau mendapat pendidikan di SK Sungai Besar (1956-1962), Sekolah Ungku Aziz, Sabak Bernam (1963-1967) dan Universiti Malaya (BA-1973, MA-1983, Ph.D-1998) serta bertugas di DBP sejak 1973. Dr Anwar antara lain pernah mengikuti kursus penerbitan buku di USA (1982), International Writing Programme (1986) dan profesor pelawat di Tokyo University of Foreign Studies (1997-2000). Sejak 2001, beliau dilantik Pengarah Penerbitan DBP. Karya kreatif Dr Anwar termasuk Parasit (1976), Sesudah Perang (1978), Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979), Arus (1985), Tercipta Dari Tanah (1985), Sangkar (1986), Di Negeri Belalang (1989), Orang-orang Kecil (1990), Yang Menjelma dan Menghilang (1992) dan Naratif Ogonshoto (2001). Beliau juga penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (2002) dan Hadiah Sastera Mastera (2003). Dr Anwar merupakan Penasihat Kehormat Kavyan sejak 2003. Acara Baca Cerpen Dr Anwar Ridhwan dianjurkan pada 15 Mei 2004sebagai tanda penghormatan beliau terhadap dunia sastera kebangsaan.

Dapatkan buku Biografi Penulis seperti ini http://almariroboh.blogspot.com/2008/11/wajah.html

July 26, 2009 at 8:38 AM  

wahhh....tQ qibran....;)
buku n penulis yg hebat...

July 27, 2009 at 11:26 PM  

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds