UNIVERSITI KEDUA


UNIVERSITI KEDUA
.
Kassim Ahmad telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) pada November 1976 hingga Julai 1981. Buku ini, Universiti Kedua - Kisah Tahanan di Bawah ISA - adalah serangkaian catatan dari pengalaman Kassim Ahmad sendiri. Iaitu pengalaman apabila beberapa orang pegawai polis berpakaian preman datang mengamambilnya, pukul 2.30 pagi, 3 November 1976, di sebuah rumah di Petaling Jaya hingga dia dibebaskan menjelang Hari Raya Haji dalam bulan Julai 1981.
.
"Tidak banyak orang boleh menjadi penulis; lebih banyak orang boleh menjadi menteri." Itulah kata-kata Heikal, Wartawan Mesir terkenal, yang wajar untuk dihubungkan dengan keadaan Kassim dan bukunya ini.Penulis akan tetap juga di sana, kerana penulis bukan jawatan. Dan memang tidak banyak orang boleh menjadi penulis, terutama kalau ukuran seorang penulis adalah orang semacam Kassim.
.
Kassim dengan keistimewaannya sendiri telah menghasilkan buku ini sebagai dokumen kemanusiaan dan fakta sejarah. Juga Kassim telah membuktikan bahawa ia tidak seperti sehelai kertas yang terbuang tanpa guna, setelah dibebaskan. Akhir sekali kami mohon ingatan dari pembaca bahawa, betapa pun buku ini adalah merupakan rakaman seorang penulis - yang sensitif tentunya - dari dunia intelektual kita. Inilah yang justeru menyebabkan Media Intelek bersedia menerbitkannya1 Jun 1983.

2 saya bertanya..:

di mana saya boleh dapatkan buku ini yer..ada tak kedai2 buku terapakai yang masih menjualnya..teringin sangat nak baca

July 29, 2008 at 10:14 PM  

fuh!! ni pemberian dari pakcik saya ni.. kalau nk try2 cari di Jalan Masjid India mungkin ada lagi.. sebab kalau nk puas hati cari buku-buku lama atau baru atau dari seberang cari lah di situ.. kat situ InsyaAllah ada..kena ringan mulut lah tanya tuan kedai ... :)

October 3, 2008 at 11:38 PM  

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds